Review Majalah Niaga Edisi 16

review majalah niaga edisi 16

Hati aku terdetik untuk membuat sedikit ulasan tentang Majalah Niaga Edisi 16 yang baru dilancarkan hari ini. Jadi kepada yang belum mendapatkannya, jangan segan silu nak download kat SINI yer.

Ok. Untuk edisi kali ini, Majalah Niaga menampilkan seorang penulis novel yang amat popular dan semakin dikenali ramai dengan karya-karya penulisannya yang agak gedik dan pinky iaitu tak lain dan tak bukan, Ain Maisarah. Sebenarnya, jujur dari hati, sebelum ini, aku sendiri pun x tahu siapa gerangan Ain Maisarah ne..maklumlah Ain Maisarah ne kan penulis novel yang gedik2 gitu..memang x ngam la dengan aku yang x berapa nak gedik ne..:) Tapi, yang memelikkan aku, macam mana la plak aku boleh ‘ter’ layan salah satu karyanya yang terbaru yang agak meletup dalam sisipan Berita Harian setiap hari Sabtu. Aku pada mulanya terjumpa blognya, AIN MAISARAH, dan cuba baca sikit karyanya yang bertajuk “Jutawan Gedik” tu..Last2 tersangkut plak dengan cerita2 dia tu. Best dowh! (mentang2 lah tajuknya berbau duit ckit..hak3)

Tu la serba sedikit pasal aku dan Ain Maisarah..cewaahh.

~Kembali serius~ 🙂

Berkenaan ulasan aku kali ini, Majalah Niaga sempat untuk menanyakan beberapa soalan kepada Ain Maisarah. Antaranya ialah:

  • Perancangan utama Ain Maisarah dalam tempoh 5 tahun
  • 3 nasihat utama Ain Maisarah untuk sesiapa mahu jana pendapatan lumayan  dengan menulis
  • Cara dan sumber Ain Maisarah jana idea untuk menulis
  • 3 strategi penjenamaan Ain Maisarah (mantap beb)
  • dan banyak lagi..

 

Serius aku cakap, sesiapa yang memang minat menulis wajib baca perkongsian daripada Ain Maisarah dalam Majalah Niaga Edisi 16. Kalau yang tak minat menulis pun boleh baca jugak sebab Ain Maisarah ade kongsikan pasal cara-cara penjenamaan yang telah dia buat. Bagi aku, idea penjenamaan Ain Maisarah memang unik, kreatif, mantop dan terbaik! Jadi, konklusinya jom download Majalah Niaga Edisi 16!

Tunggu jap…

Bukan pasal Ain Maisarah je yang ada kat dalam edisi kali ini, tapi ada bermacam-macam info lagi yang aku kira boleh membijakkan dan “Memandaikan Bangsa” – trademark AqifAzizan..:)

Nak tahu apa dia?

Yang pertamanya, Strategi Menjana Pendapatan RM10K dengan produk informasi, yang dikarang oleh Adly Flarebiz aka Labanon. Nak dijadikan cerita, pertama kali aku dengar nama Labanon ne(dah lame dah, masa budak2 dulu, skang dah dewasa ckit..), aku ingat dia ne mat salleh mana lah..rupa-rupanya dia orang Melayu jgk..sama umur plak tu..tapi mampu jana pendapatan lumayan kat internet..Gua tabik sama lu..:)

Adly ada berkongsi beberapa strategi yang dia buat bagi membolehkan RM10K itu tercapai dalam masa 48 jam sahaja..Wow! Aku kira, strateginya memang bukan calang-calang tapi perlu dilakukan dengan penuh terancang dan berhemah. Memang amat penting untuk kita amalkan strateginya itu. Percayalah!

Selain tu, perkongsian lain yang mantap yang ada dalam Majalah Niaga kali ini ialah:

  • Bisnes dan Nikmat Risiko oleh Azzah AR,
  • Tiga Perkara Penting sebelum Mula Menjual oleh Aqif Azizan,
  • 9 Rahsia Bisnes IKEA terbongkar oleh Mazlan Mohamad, Pinjaman Baik VS Pinjaman Jahat oleh Dr. Shah Razali,
  • Strategi Bisnes Tony Fernandes Membangunkan Air Asia oleh Mazlan Mohamad,
  • 3 Mitos Perniagaan Internet oleh Hasbul Aqill
  • 3 Elemen Kritikal sebelum menulis Copywriting Berkuasa oleh Haryzat Zulzahary
  • Mindset seorang Usahawan oleh Amar Mahmood
  • 3 Strategi Penjenamaan Perniagaan di Ebay oleh Eruwan Gerry

 

Amacam? Mantap-mantap kan perkongsiannya?

Aku rasa Majalah Niaga memang suatu medium pembelajaran yang amat berkesan dan terbaik untuk disebarkan kepada orang ramai diluar sana. Jadi sekali lagi, aku sarankan jangan segan silu nak download Majalah Niaga Edisi 16 ne yer..

Lupa plak nak bagitau, edisi kali ini juga ade menyelitkan enam komik strip yang berkisar mengenai dunia keusahawanan oleh Matbiz. Lepas baca artikel-artikel kat atas ne, kita layan komik pasal keusahawanan plak..Memang layan betul la Majalah Niaga ne..Semoga Majalah Niaga terus maju dan maju..

Dapatkan Majalah Niaga di sini..PERCUMA

Comments

  1. Reply

    • Reply

  2. Reply

    • Reply

  3. By abgzol

    Reply

    • Reply

  4. Reply

  5. By Labanon

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.