Rahsia Mudah Jadi Jutawan

jutawan internet irfan khairiBetul ke ada jalan mudah nak jadi jutawan? Ya. Memang ada, jika kena dengan caranya. Tapi kebanyakan dari kita semuanya inginkan sesuatu dalam masa singkat. Itu yang silapnya. Tidak hairanlah jika ramai yang terkena dengan skim cepat kaya yang berlambak kat luar sana. Semoga kita semua terhindar darinya.

Berbalik kepada tajuk utama entri ne, apa rahsianya
untuk jadi jutawan dengan cara mudah? OK. baca baik-baik.

Pertama sekali, “Ambil RM 10 daripada 100, 000 orang”.

Jangan salah sangka. “Ambil” tu tak bermakna kita rampas atau curi duit orang. Maksudnya lebih mendalam. Nak jadi jutawan bukan susah pun, kita kena hasilkan keuntungan sesuatu produk tu hanya RM 10 je dari setiap orang. Manusia kat dalam dunia ne ade berape orang? Bukan ke berbilion-bilion orang? Orang Malaysia pun dah 27 ++ juta orang sekarang ne. RM 10 bukan susah pun. Tu je caranya. Mudahkan? 🙂

Satu lagi cara mudah lagi sempoi adalah dengan membahagikan angka 1,000,000 tu dengan sesuatu yang lebih kecil dan senang untuk kita capai (dari segi motivasinya, kita lebih senang untuk capai benda yang lebih kecil walaupun sebenarnya hasilnya sama di masa depan). OK. Katakan kita nak jadi jutawan internet dalam masa 10 tahun. Bukan ke berat rasanya bila dengar kena cari RM 1,000,000 dalam masa 10 tahun. Cuba bahagikan dengan 10 tahun? Setiap tahun kita kena dapatkan RM 100,000. Dan kemudian bahagi lagi sampailah kita dapat nilai untuk sehari. Agak-agaknya berape je yang kita kena dapat atau simpan dalam masa sehari untuk jadi jutawan internet? Mengikut perkiraan saya lah (kalau silap jangan marah), kita hanya perlukan RM 297.62 sahaja sehari. tak mustahil kan? Mudah je caranya kalau kita tahu caranya, hanya perlukan tindakan sahaja. Ingat ne, TINDAKAN !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.