10 Tips Perniagaan Internet

Tips Perniagaan Internet

 10 tips perniagaan internet menjadi pilihan saya untuk entri hari ini. Maafkan saya kerana sudah lama tidak update blog ini. Jadi kali ini, saya sediakan 10 tips perniagaan internet untuk anda yang saya jamin memang sangat-sangat berguna untuk anda amalkan.

Tips Perniagaan Internet 1:

Rajin bertanya dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan ilmu-ilmu baru mengenai perniagaan internet. Hal ini penting kerana setiap hari ada sahaja ilmu-ilmu baru mengenai internet yang terhasil. Jadi, untuk mengelakkan anda ketinggalan, seeloknya anda sentiasa ikut arus semasa. Kalau tak faham, terus tanya. Forum ternyata satu tempat yang paling sesuai untuk anda bertanya. Untuk perniagaan internet, forum WangCyber semestinya menjadi pilihan tepat untuk anda. Percayalah!

Tips Perniagaan Internet 2:

Belajar buat minisite/website/blog untuk perniagaan internet anda. Sememangnya perkara ini seringkali menjadi masalah utama kepada yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan internet. Walaupun anda boleh upah sahaja mana-mana freelancer yang ada menyediakan perkhidmatan membina website dan sebagainya, anda tetap perlu tahu sedikit sebanyak tentang perkara-perkara ini. Kesemua medium ini (website, blog, etc) amat penting untuk penjenamaan dan perkembangan perniagaan internet anda.

Tips Perniagaan Internet 3:

Kumpul senarai emel pelanggan dan juga bakal pelanggan. Hal ini penting kerana pemasaran melalui emel amat memainkan peranan bagi membolehkan anda mengenali dan mendekati bakal-bakal pelanggan anda. Untuk yang telah menjadi pelanggan, anda boleh sentiasa memaklumkan perkembangan terbaru perniagaan internet anda kepada mereka dan mereka akan berasa lebih dihargai. Terdapat banyak perkhidmatan untuk pemasaran emel ini. seeloknya anda gunakan perkhidmatan yang berbayar sepert Aweber, Getresponse dan juga Trafficwave.

Tips 4:

Sentiasa maksimumkan pendedahan perniagaan anda kepada orang ramai. Jika sekarang ini anda masih menjual produk anda secara online, apa kata anda mula pasarkan produk anda secara offline pula. InsyaAllah jika kena dengan caranya, tidak mustahil anda bakal tersenyum setiap hari..hehe

Tips 5:

Jangan mudah terjebak dengan skim-skim internet dan juga penipuan di internet. Ramai yang mudah terpengaruh dengan tawaran-tawaran yang tidak masuk akal di internet. Anda perlu bijak dalam menilai sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum bertindak.

Tips 6:

Gunakan kuasa laman web yang mempunyai trafik yang tinggi dan menepati sasaran golongan untuk produk kita. Sebagai contoh, jika perniagaan anda lebih berunsurkan produk-produk fizikal seperti tudung, tshirts dan sebagainya, Mudah.my wajib menjadi pilihan untuk anda sebagai salah satu tempat promosi produk. Saya sendiri pernah mendapat pelanggan dari Mudah.my dan kebanyakan daripada mereka memang sudah terbiasa dengan pembelian secara online. Ayuh gunakan sahaja kelebihan ini.

Tips 7:

Kaji teknik usahawan internet yang lain dan cuba belajar dan praktikkan apa yang telah mereka lakukan. Seeloknya, dapatkan seorang mentor yang boleh mengajar dan membimbing anda. Ini merupakan salah satu cara pantas untuk anda berjaya dalam apa jua jenis perniagaan. Tunjukkan komitmen anda untuk berjaya dan jangan terlalu berharap untuk disuap dari mula sampai akhir. Anda juga perlu lakukan usaha anda.

Tips 8:

Jangan bertangguh dan fokus dalam setiap perkara yang hendak anda lakukan. Seharusnya setiap hari anda perlu tahu apa yang perlu and buat. Jika ianya penting, terus buat pada masa itu juga dan sentiasa fokus bagi mengelakkan anda terpesong dengan perkara-perkara lain yang tidak berfaedah.

Tips 9

Gunakan Facebook sebagai salah satu teknik pemasaran. Sepertimana yang kita tahu, Facebook sememangnya suatu medium yang amat penting dan amat berpengaruh sekali pada hari ini. Tanya saja pada mana-mana orang yang kita jumpa, mustahillah mereka tak ada akaun Facebook. Dari golongan muda sampai lah ke golongan yang tua pasti mempunyai akaun Facebook. Jika kena dengan caranya, pasti kita akan mendapat jumlah pelanggan yang ramai dari Facebook itu sahaja.

Tips 10:

Saya kira tips ne yang paling penting dan wajib untuk setiap orang lakukan iaitu, sentiasalah melabur untuk ilmu dan jangan sekali-kali kedekut melabur untuk ilmu. Pergilah ke mana-mana seminar atau belilah apa-apa buku bagi menambahkan lagi pembacaan dan penguasaan ilmu dalam diri anda. Tidak guna jika anda ada produk yang hebat, tapi anda tak tahu ilmu pemasaran. Jadi setiap orang mestikan jadikan amalan menuntut  ilmu itu suatu kewajipan dalam diri masing-masing.

Saya harap 10 tips perniagaan internet ini dapat membantu anda serba sedikit dan sentiasalah berusaha untuk menjadi yang lebih baik dan terbaik!

Tips Perniagaan Internet

Comments

  1. Reply

  2. By Kaio

    Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.