3 Sumber Perniagaan Internet

sumber perniagaan internet

Sebelum ini kita ada berbincang mengenai 3 sumber jana pendapatan di internet iaitu melalui perniagaan internet, program buat duit internet dan juga pelaburan internet. Jadi sekarang saya ingin berkongsi pula mengenai 3 sumber perniagaan internet. Diharap anda sukakannya.

Biasanya perniagaan internet melibatkan 3 sumber utama iaitu melalui perniagaan produk fizikal, produk digital dan juga tidak terkecuali perniagaan berasaskan perkhidmatan atau servis. Produk fizikal misalnya, ia melibatkan penjualan produk-produk yang boleh dirasa, dipegang dan dilihat di depan mata. Sebagai contoh, saya sendiri ada menjalankan perniagaan produk fizikal iaitu Tart dan Kuih Arab Unik. Banyak lagi produk fizikal yang lain yang boleh anda cuba sebagai platform perniagaan internet anda seperti tudung, t-shirt muslimah dan juga detox foot patch.

Berlainan pula dengan produk digital iaitu produk digital biasanya produk yang kita tidak boleh rasa, pegang dan juga lihat di depan mata. Hal ini kerana produk digital merupakan produk yang berupa fail-fail atau dokumen di dunia maya atau melibatkan penggunaan komputer dan internet untuk mendapatkannya. Antara contoh produk digital ialah ebook, video, software dan banyak lagi yang berunsurkan digital. Namun, kebanyakan produk digital sekarang boleh ditukarkan menjadi produk fizikal dan boleh mencapai pasaran dengan lebih luas. Ebook boleh dibukukan manakala video boleh dijadikan dalam bentuk cakera padat (CD) dan dijual secara offline.

Produk yang berupa perkhidmatan atau servis pula biasanya melibatkan kemahiran yang ada dalam diri seseorang. Dengan kebolehan itu, seseorang dapat membantu orang lain yang tidak mempunyai kepakaran seperti mereka. Sebagai contoh, anda minat dan pakar dalam bidang pembangunan laman web dan juga blog. Nah! Guna sahaja kemahiran anda itu untuk membantu orang lain yang memerlukan perkhidmatan tersebut. Mudah kan?

Diharap perkongsian 3 Sumber Perniagaan Internet  ini dapat menyerikan hidup anda di kala ini..:)

Apa Pendapat Anda?

komen memberangsangkan

Powered by Facebook Comments

Comments

  1. By kidfx

    Reply

    • Reply

  2. Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.