[Tips Panas] Cara Konvensional Mendapatkan Pelanggan

Okay kali ini aku nak kongsikan sedikit tips tentang cara konvensional untuk mendapatkan pelanggan. Terima kasih kepada Bro Hakim Najili dari TVBridal kerana berkongsi tips dan cara mendapatkan pelanggan secara konvensional ini.  Caranya tersangat mudah dan simple, tapi aku pasti tak ramai yang menggunakan pendekatan ini. Nak tahu caranya? Jangan segan silu baca kat bawah yer..:)

p/s..perkongsian ini lebih kepada bisnes yang berasaskan servis. Mungkin boleh dipraktikkan untuk jenis bisnes yang lain-lain.

Cara Mendapatkan Pelanggan

Langkah 1 – Cara mendapatkan pelanggan

Pertama sekali rajinkan diri anda untuk mencari syarikat-syarikat yang berpotensi dan bertepatan dengan bisnes anda. Cara nak cari syarikat-syarikat ini? Mudah sahaja, Google kan ada? Haha..Kalau untuk lebih mudah, anda boleh terus layari laman web Bursa Malaysia untuk mendapatkan senarai syarikat tersebut. Mudah sahaja sebab kat situ, dah tersedia senarai syarikat mengikut sektor dan industri masing-masing. Pilih je yang berkenan di hati. Siapa kata cara mendapatkan pelanggan susah?

Langkah 2 – Cara Konvensional Mendapatkan Pelanggan

Layari dulu laman web syarikat yang anda berkenan tu tersebut. Cari emel mereka untuk anda hubungi. Kalau syarikat tersebut ada menyediakan emel mengikut department, itu lagi bagus.

Langkah 3

Wajib untuk anda selongkar dan studi sebaik mungkin latar belakang, gerak kerja, perkembangan syarikat yang anda pilih. Jangan malas-malas ya. Sekurang-kurangnya kita tahu serba sedikit tentang syarikat tersebut. Jangan main hentam kromo je sebelum nak hubungi mereka.

Langkah 4

Kemudian emelkan pada diorang tentang servis anda, seboleh-bolehnya dalam emel tu, masukkan elemen bagaimana servis anda dpt membantu bisnes mereka sama ada dari segi keuntungan, pemasaran, kesedaran dan sebagainya. Jika niche seperti Malaysia Wedding and Videography Services , anda boleh masukkan unsur-unsur yang bisnes diorang boleh maju dan viral kalau ada video dan boleh diviralkan guna facebook dan youtube.

Langkah 5

Jangan hentam semua emel standard pada semua company, mereka adalah orang biasa, diorang boleh tahu ayat anda tu memang khas untuk diorang atau nampak berunsur SPAM. Seeloknya hantar emel khas untuk setiap syarikat. Kalau nak lebih bagus, tulis emel seolah-olah menunjukkan bahawa kita ne tahu pasal perkembangan syarikat diorang.

Langkah 6

Berdasarkan gambar yang terpapar, untuk mendapatkan hasil sebegitu, secara purata  dalam sehari, hantar 10-20 emel kepada mereka. Dalam 20 emel tu, mungkin satu yang respon dengan cepat, yang lain-lain mungkin ambil masa sedikit.

Itu sahaja caranya. Yang penting, nak buat ni kena sabar, sekurang-kurangnya servis yang anda tawarkan dah ada dalam kotak emel diorang. Tu yang paling penting. Sabar dan sabar. Kalau rezeki anda bukan pada hari ini, mungkin esok atau mungkin minggu depan. Teruskan usaha dan sabar, InsyaAllah berjaya!

Setakat ini dahulu perkongsian tentang cara konvensional untuk mendapatkan pelanggan. Kalau anda rasakan tips ini berguna dan bermanfaat, jangan segan-segan nak klik butang LIKE dan SHARE ya! Jangan lupa untuk komen pandangan anda di bawah.

Comments

  1. Reply

  2. Reply

  3. Reply

  4. By kodinz

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.