Panduan Memulakan Perniagaan Internet

Dunia sekarang sangat memerlukan wang yang banyak untuk hidup. Makanan, tempat tinggal dan kenderaan menguasai penggunaan wang kebanyakan keluarga di Malaysia. Kadangkala, kita seperti hidup untuk kerja bukannya kerja untuk meneruskan kehidupan.

Oleh itu, ramai mula mencari pendapatan tambahan dan perniagaan melalui internet adalah antara perniagaan yang mereka pilih. Kos operasi yang rendah dan potensi keuntungan yang lumayan membuatkan lebih ramai memilih perniagaan internet untuk mencari pendapatan tambahan. Tambahan pula, ia boleh di jalankan dari rumah dan berada di samping keluarga yang tersayang.

Namun, kehadiran skim cepat kaya telah memusnahkan konsep perniagaan internet itu sendiri. Perniagaan adalah perbuatan yang suci. Maka anda perlu sedar bahawa perniagaan memerlukan produk yang jelas.

Menjana pendapatan melalui skim cepat kaya adalah tindakan yang sia-sia kerana apa yang anda sedang lakukan adalah membeli angan-angan. Anda bayar sejumlah wang dan di janjikan untuk menjana sekian-sekian jika berjaya mendapat downline, itulah namanya membeli angan-angan. Teruskan pembelian angan-angan anda.

Berbanding perniagaan yang melibatkan produk yang jelas, anda hidup dalam dunia realiti. Kalau anda dapat jual satu produk, dapatlah anda keuntungan sebanyak satu jualan. Anda perlu ingat, perniagaan internet adalah perniagaan sebenar. Anda perlu rajin dan sentiasa berusaha untuk mendapat keuntungan yang besar.

Di dalam panduan ini, saya akan jelaskan secara ringkas bagaimana anda boleh memulakan perniagaan anda sendiri.

Perkara Yang Anda Perlu Fikir Sebelum Memulakan Perniagaan Internet

Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu tahu apa yang anda ingin lakukan. Apa yang anda ingin niagakan? Apa potensi pendapatan yang anda inginkan ? Berapa modal yang anda sanggup keluarkan ? Semua perkara ini, anda perlu titik beratkan sebelum memulakan perniagaan. InsyaAllah dilemma anda dalam memulakan perniagaan internet akan berakhir.

Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu memikirkan perkara berikut :

1. Jenis perniagaan di internet.
Anda perlu fikir apa jenis perniagaan yang anda ingin jalankan di internet. Adakah perniagaan anda melibatkan penjualan barang? Adakah anda ingin menjual servis? Adakah anda hanya ingin menulis blog? Adakah anda ingin menjadi affiliate? Anda tentukan apa yang terbaik untuk anda.

Namun, sebaik-baiknya anda pilih perniagaan yang anda tahu dan senang dahulu. Apabila sudah lama bermula, kemahiran anda akan bertambah dan sudah tentu anda akan berkemahiran untuk memulakan perniagaan yang lain pula.

2. Rancangan perniagaan.
Anda juga perlu memikirkan rancangan perniagaan yang bakal anda lakukan. Berapa modal yang anda perlu untuk memulakan perniagaan? Berapakah potensi keuntungan yang anda mahu? Bagaimana dengan strategi pemasaran anda?

3. Persediaan tempat kerja dan alatan.
Di manakah anda ingin lakukan perkerjaan anda? Jika di rumah, pastikan anda menyediakan ruang yang selesa untuk anda lakukan semua pekerjaan anda. Pastikan semua peralatan anda cukup seperti komputer, line internet yang berkelajuan tinggi, printer dan mungkin mesin faks. Ia bergantung kepada perancangan anda.

4. Adakah perniagaan anda halal atau haram?
Periksa sama ada perniagaan yang bakal anda lakukan menepati ciri-ciri yang di bolehkan dalam agama. Anda wajib siasat perkara ini dahulu sebelum memulakan perniagaan anda. Pastikan juga ia mematuhi peraturan negara.

Perancangan Membina Perniagaan Internet

Perancangan dalam perniagaan adalah penting. Di sini, saya akan senaraikan secara ringkas bagaimana hendak membina perniagaan internet anda. Perancangan ini adalah umum dan boleh di gunakan oleh jenis perniagaan internet.

1. Pilih satu niche untuk perniagaan anda.
Niche bermaksud bidang. Apa bidang yang anda ingin niaga? Produk kecantikan, produk kesihatan, produk kekeluargaan, produk sukan atau produk pelancongan. Pilih satu bidang dan kecilkan ia lagi.
Contohnya anda pakar dan boleh berniaga dalam bidang keluarga, kecilkan niche anda kepada barangan kanak-kanak. Fokus pada satu niche dahulu sebelum bergerak ke niche yang lain.

2. Dapatkan produk.
Cari produk untuk di jual sama ada anda dari pihak anda atau dari pihak lain ( jual melalui affiliate)

3. Pengurusan produk.
Tentukan cara untuk menghantar produk anda. Tentukan satu cara yang senang bagi anda.

4. Cari nama jenama perniagaan anda.
Pilih nama yang mudah di ingati dan mudah untuk di sebut sebagai nama perniagaan anda. Nama jenama adalah penting dalam memperkenalkan perniagaan anda.

5. Dapatkan website dan pilih medium pembayaran
Dapatkan website untuk kegunaan perniagaan anda. Siapkan website anda sama ada dalam bentuk shopping cart, blog atau minisite. Anda tentukan sendiri. Pastikan laman web anda menarik. Pilih juga medium pembayaran. Anda tentukan sama ada untuk menerima kredit kad, online transfer atau paypal. Kalau boleh adakan semua pilihan yang ada untuk memaksimumkan keuntungan anda.

6. Dapatkan hosting.
Pilih hosting yang berpatutan dengan bajet anda. Pastikan juga hosting yang anda pilih sesuai dan boleh host laman web anda. Tidak apa mahal, asalkan ia boleh membantu perniagaan anda.

7. Bina mailing list.
Bina mailing list untuk menyimpan prospek anda. Ia adalah asas dalam mana-mana perniagaan internet. Pastikan mailing list anda adalah berkualiti. Sentiasa berkongsi tips dengan senarai email anda.

8. Pasarkan laman web anda.
Cari cara terbaik untuk memasarkan produk dan laman web anda.

Eloklah anda jujur dan bertenang dalam memulakan perniagaan internet. Tidak mungkin pada hari pertama anda memulakan perniagaan internet anda akan jadi jutawan. Selepas lima tahun, mungkin ia akan terjadi. Namun, jika anda tidak mulakan sekarang selepas lima tahun anda akan tetap menjadi manusia yang sama. Semoga perkongsian ringkas ini memberikan sedikit sebanyak panduan buat anda yang ingin memulakan perniagaan di internet. Semoga berjaya.

Comments

  1. Reply

  2. Reply

    • Reply

  3. Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.