Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Berikut serba sedikit maklumat mengenai Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 dan peranannya. Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 merupakan jawatan dalam sektor kerajaan di dalam kategori Kumpulan Pengurusan & Profesional yang memerlukan kelayakan peringkat ijazah, sarjana atau PHD.

Anda telah memohon jawatan dalam sektor kerajaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 atau mempunyai cita-cita menjawat jawatan tersebut? Artikel kali ini akan membicarakan serba sedikit tentang jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41.

Mengikut kalendar 2014 di portal SPA, peperiksaan online bagi pengambilan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 akan diadakan pada 1 November 2014 ini. Bagi yang berminat atau mencari-cari peluang kerja kerajaan bagi lulusan ijazah, anda boleh membuat permohonan di laman web www.spa.gov.my.

Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 merupakan salah satu jawatan yang berada dalam perjawatan Kumpulan Pengurusan & Profesional dalam skim perkhidmatan awam dan mempunyai bidang tugas yang tertentu.

Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41


Berikut ialah syarat-syarat kelayakan bagi jawatan kerajaan ini :

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

[ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau

  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

[ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau

  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

[ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan

  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
  • hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
  • memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.



[ANDA PERLUKAN PANDUAN EXAM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK GRED M41? KLIK DI SINI]


Deskripsi dan Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

  • Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Diharap kepada calon peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik faham dan jelas tentang peranan dan juga Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41.

buy button

Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.