Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27

Anda ingin tahu contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27 dan temuduga SPA  yang sering ditanya oleh panel penemuduga? Entri kali ini akan berkisar kepada contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Tadbir yang juga boleh digunakan sebagai rujukan untuk temuduga SPA yang lain.

Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27

Jika anda dipanggil menjalani sesi temuduga jawatan kerajaan seperti temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, anda disyorkan untuk bertanyakan rakan atau kenalan anda yang pernah menghadiri sesi temuduga tersebut. Tanyakan apakah soalan yang ditanya oleh panel dan minta rakan anda berkongsi pengalaman menghadiri seisi temuduga sektor awam. Dengan cara ini anda akan mendapat gambaran ringkas situasi dan soalan yang bakal anda hadapi nanti semasa sesi temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27.

Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27 dan juga temuduga SPA yang lain yang sering ditanya oleh panel penemuduga kepada calon berkisar kepada beberapa aspek seperti :

  • Latar belakang & kelayakan calon
  • Jawatan yang dipohon & berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  • Dasar kerajaan
  • Isu semasa dalam & luar negara.

 

Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27 dan temuduga SPA berkaitan latar belakang & kelayakan calon

  1. Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.
  2. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda??
  3. Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan? Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?
  4. Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan…
  5. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?

Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Tadbir dan temuduga SPA berkaitan jawatan yang anda pohon

  1. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti? Peranan Jabatan & Kementerian ini? (bergantung kepada jawatan yang anda pohon ketika itu)
  2. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
  3. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
  4. Sumbangan yang boleh anda berikan jika menjawat jawatan yang dipohon.

Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Tadbir dan temuduga SPA yang berkaitan dengan dasar kerajaan

  1. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?
  2. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?
  3. Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?
  4. Apa yang anda faham dengan intipati belanjawan negara 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia?
  5. Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?
  6. Apakah tema bajet 2013?

Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27 dan temuduga SPA berkaitan isu semasa dalam & luar negara

  • Isu Semasa Dalam Negara
    1. Boleh nyatakan tentang keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013?
    2. Jelaskan tentang konflik yang tercetus di Lahat Datu?
    3. Isu perkauman yang hangat dibangkitkan ketika ini?
    4. Diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN.

 

 

  • Isu Semasa Luar Negara
    1. Krisis Palestin yang mengorbankan ribuan nyawa akibat kerakusan regim Israel.
    2. Krisis yang berlaku di Syria.
    3. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?
    4. Campur tangan asing dalam kedaulatan sesebuah negara.
    5. Kegawatan ekonomi yang melanda negara Eropah seperti Greece.

 

tips temuduga kerja kerajaan

Anda perlukan contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27 dan temuduga SPA yang lain? Sila habiskan bacaan di bawah.

Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir dan Temuduga SPA yang dikongsikan oleh kami adalah berdasarkan pengalaman beberapa rakan yang menghadiri sesi temuduga untuk dikongsi dengan bakal-bakal calon penjawat awam. Contoh soalan yang dinyatakan adalah merupakan soalan yang pernah ditanya kepada rakan kami semasa sesi temuduga jawatan sektor awam seperti temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27 dan temuduga SPA yang lain-lain. Tidak semestinya panel akan bertanyakan soalan yang sama untuk sesi kali ini.

Untuk memantapkan lagi persediaan anda menghadiri sesi temuduga jawatan kerajaan, rujukan yang disyorkan adalah Pakej LULUS Temuduga Kerja Kerajaan yang mengandungi 5 modul lengkap untuk calon temuduga.

Turut mengandungi koleksi 85 contoh soalan & skema jawapan temuduga kerja kerajaan.

5 Modul Pakej LULUS Temuduga Kerja Kerajaan

Modul 1 : Rahsia Persiapan Temuduga
Modul 2 : Rahsia Teknik Menjawab Soalan Temuduga Secara Efektif
Modul 3 : Contoh Soalan Dan Skema Jawapan Temuduga
Modul 4 : Kegagalan dan Kejayaan Temuduga (Kisah Realiti Dan Motivasi)
Modul 5 : Penulisan Resume Untuk Temuduga

Dengan persediaan yang betul, insyaAllah kejayaan milik anda. Usaha dan tawakal padaNYA. Salam kejayaan buat calon temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27 dan jawatan sektor awam 2013!

Dapatkan contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27 dan juga temuduga SPA dengan cara melayari laman web di bawah:

Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27

Artikel Lain Yang Best Untuk Dibaca:

Apa Pendapat Anda?

komen memberangsangkan

Powered by Facebook Comments

4 Thoughts on “Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27

  1. noridayu on June 6, 2013 at 15:20 said:

    salam, saya nak tahu contoh soalan dan skema jawapan utk interview pen.peg.tadbir n27.sya harap en hafiz dpt membantu saya secepat mungkin .terima kasih.

  2. nurliana abdul karim on May 28, 2013 at 01:48 said:

    assalammualaikum…abg, sya da try nk contoh soalan yg abg bg link tu, bila sya isi nama & email.. error? cmne ye sya nk tips soalan tu… sya temuduga 13/6 nih..sya harap abg dpat membantu..time kaseh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation