Panduan Temuduga Penolong Juruaudit W27

Anda berjaya dipanggil ke temuduga Penolong Juruaudit W27?

Dah buat persediaan atau belum?

download panduan peperiksaan bertulis juruaudit 27

Dalam artikel kali ini, saya akan berkongsi 7 tips dan panduan untuk menghadapi temuduga Penolong Juruaudit W27.

  1. Ketahui tugas dan peranan seorang Penolong Juruaudit W27
  2. Ketahui tempat atau jabatan yang akan anda bertugas kelak sebagai Penolong Juruaudit W27
  3. Ambil, catat dan teliti semua maklumat yang berkaitan Jabatan Audit Negara
  4. Mantapkan pengetahuan am tentang Jabatan Audit Negara dan perundangan audit
  5. Fahami Asas Pengurusan Kewangan
  6. Fahami Asas Pengauditan
  7. Dapatkan panduan khas untuk menghadapi temuduga kerja kerajaan

Panduan Temuduga Penolong Juruadit W27

Panduan Temuduga Penolong Juruaudit W27

Ketahui tugas dan peranan seorang Penolong Juruaudit W27

Sebagai seorang Penolong Juruaudit W27, sudah semestinya tugas dan peranannya adalah untuk membantu dan menolong Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap akaun dan aktiviti-aktiviti Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kumpulan wang yang di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara.

Ketahui tempat atau jabatan yang akan anda bertugas kelak sebagai Penolong Juruaudit W27

Jabatan yang akan anda ditugaskan setelah menjadi Penolong Juruaudit W27 ialah di Jabatan Audit Negara.

Ambil, catat dan teliti semua maklumat yang berkaitan Jabatan Audit Negara

Segala maklumat berkenaan Jabatan Audit Negara boleh anda dapatkan dengan melayari laman web rasmi Jabatan Audit Negara.

Mantapkan pengetahuan am tentang Jabatan Audit Negara dan perundangan audit

Pengetahuan am seperti nama Menteri, Pengarah dan jawatan-jawatan utama yang lain di Jabatan Audit Negara perlu anda tahu. Ini akan membolehkan penemuduga akan lebih yakin dengan kemampuan dan pengetahuan yang anda ada.

Fahami Asas Pengurusan Kewangan

Selaku Penolong Juruaudit W27, anda perlu tahu aspek asas pengurusan kewangan seperti Pengurusan Akaun Awam, Perolehan Kerajaan, Pengurusan Aset, dan Pengurusan Stor.

Fahami Asas Pengauditan

Sebagai seorang Penolong Juruaudit W27, anda sudah semestinya perlu tahu dan faham asas pengauditan seperti Pengenalan Audit Dalam, Teknik Asas dan Pendekatan Audit, Peranan Audit Dalam dan Luar, Sistem Kawalan Dalaman Bagi Perakaunan Manual dan Berkomputer, Kaedah-kaedah Pengauditan dan sebagainya yang berkaitan.

Dapatkan panduan khas untuk menghadapi temuduga kerja kerajaan

Akhir sekali, tidak cukup lengkap jika anda tidak bersedia sepenuhnya dengan ilmu dan pengetahuan tentang cara untuk menghadapi temuduga kerja dalam sektor kerajaan. Saya sarankan anda untuk mendapatkan Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini. Panduan tersebut boleh membantu anda untuk lebih berkeyakinan dan seterusnya membantu anda lulus temuduga Penolong Juruaudit W27 itu nanti.

>> Dapatkan Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan DI SINI <<

Panduan Temuduga Penolong Juruaudit W27

Panduan Temuduga Penolong Juruaudit W27

tips temuduga kerja kerajaan

Artikel Lain Yang Best Untuk Dibaca:

Apa Pendapat Anda?

komen memberangsangkan

Powered by Facebook Comments

4 Thoughts on “Panduan Temuduga Penolong Juruaudit W27

  1. iza on May 9, 2013 at 21:43 said:

    ada tips untuk exam penolong juruaudit x? saya ada exam 18/5 nie..kongsikan pgalaman jikalau ada…

    • Ramai yang emel dan bertanya kepada saya tentang panduan dan contoh soalan Peperiksaan Bertulis Penolong Juruaudit W27.

      Dukacita ingin saya maklumkan bahawa tiada rujukan dan panduan khas disediakan untuk jawatan Penolong Juruaudit W27 pada kali ini.

      Peperiksaan adalah mudah dan HANYA 2 Seksyen Sahaja.

      Fokus kepada pengetahuan Am seperti info berkaitan Audit Negara dan juga soalan penyelesaian masalah.
      Tiada soalan Esei, jadi tak perlu risau mengenai penulisan.

      Ini tips pendek yang boleh saya kongsikan kepada anda pada kali ini:

      Bahagian A: mesti tahu serba sedikit mengenai Jabatan Audit dan tugas-tugas Juruaudit dan yang berkaitan dengannya. Pengetahuan umum hanya sedikit sahaja disentuh iaitu Perlembagaan Malaysia, ICT dan isu semasa. (soalan objektif)

      Bahagian B: mesti boleh berfikir secara logik untuk soalan matematik. Kalau fikir dan fikir, masa tidak cukup untuk berbuat demikian.(soalan objektif)

      Saya doakan anda akan berjaya menjawab exam dengan jayanya.

      • Din on May 16, 2013 at 15:44 said:

        Salam,

        nak tanya sket,

        sekiranya kita berjaya dalam peperiksaan tersebut, still kena interview or terus dapat jawatan tersebut?

        Thanks

      • Salam.

        Ya, masih ada temuduga yang perlu dilalui jika tuan lulus peperiksaan bertulis.

        Selamat berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation