Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 untuk 2013 dijadualkan mengikut jadual peperiksaan daripada pihak SPA.

Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 berada dalam kategori Kumpulan Pengurusan & Profesional dalam skim perkhidmatan awam yang memerlukan kelulusan peringkat Ijazah, Sarjana atau PHD.

>>>Nak tahu Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41? Klik di sini sekarang<<<

Untuk menjawat jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 calon perlu melalui sistem yang sama seperti jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik iaitu peperiksaan bertulis iaitu Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41.

Format Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 mempunyai sedikit perbezaan dengan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik di mana hanya 4 seksyen sahaja berbanding 5 seksyen penilaian pada peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik. Tetapi secara umumnya semua 4 seksyen tersebut sama.

Untuk seksyen A mungkin berbeza dengan tambahan soalan berkait rapat dengan jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 ini. Isu-isu berkaitan ‘PERPADUAN Negara’ dan ‘INTEGRITI Nasional’ antara isu yang berkait rapat dengan tugas jawatan ini. Calon juga harus peka dengan beberapa inisiatif Jabatan ini seperti ‘rukun tetangga (RT)’, kerja-kerja sosial dan lain-lain lagi.

ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Peperiksaan ini mengandungi satu bahagian iaitu Kecenderungan:

BAHAGIAN I – KECENDERUNGAN
Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan semasa didalam dan luar negara.

Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50 soalan
Markah : 30

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:
(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik

(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.

(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data

Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.

(iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif yang sesuai dengan tugas sebagai Pegawai Psikologi.

Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan pelajaran tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). Oleh yang demikian, adalah dianggap tahap kesukaran sesuai untuk semua calon kerana telah melalui tingkatan 5.

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Markah : 30

Seksyen C – Esei Bahasa Melayu

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

>>>Nak tahu Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41? Klik di sini sekarang<<<

PEPERIKSAAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S41
ARAHAN KEPADA CALON

1. Pada hari peperiksaan calon perlu membawa :

  • Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan
  • Kad Pengenalan
  • Alat tulis; pensel 2B, pen, pembaris, pemadam dan peralatan lain yang difikirkan perlu.

2. Calon mesti berada di pusat peperiksaan tiga puluh (30) minit sebelum peperiksaan dimulakan.

3. Calon mesti mematuhi arahan Ketua Pengawas.

4. Calon dilarang berkomunikasi sesama sendiri. Angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.

5. Calon hanya boleh meninggalkan Pusat Peperiksaan tiga puluh (30) minit selepas peperiksaan dimulakan.

6. Calon mesti kenal pasti pusat peperiksaan sehari sebelum hari peperiksaan.

7. Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

8. Calon hanya dibenarkan meninggalkan pusat peperiksaan apabila diarah oleh Ketua Pengawas.

>>>Nak tahu Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41? Klik di sini sekarang<<<

Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.