Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 buat pembaca yang bakal menduduki peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 pada 19 Oktober 2013. Peperiksaan ini mengandungi satu bahagian iaitu Kecenderungan.

BAHAGIAN I – KECENDERUNGAN

Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris3
Seksyen A – Pengetahuan Am

<<< DAPATKAN PANDUAN LENGKAP PEPERIKSAAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S41 D SINI SEKARANG >>>

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan semasa didalam dan luar negara.
Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50 soalan
Markah : 30

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 – Seksyen A

1. Dasar Sosial Negara mempunyai objektif utama seperti berikut kecuali

A menjana sinergi multisektor.
B berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik.
C membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.
D memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan sosial.

Jawapan : B

2. Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik yang berkonsepkan kesejahteraan yang merupakan satu inisiatif pihak LPPKN.
Perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Nur Sejahtera LPPKN ialah :

I pengurusan menopaus.
II saringan kanser reproduktif.
III ujian makmal yang komprehensif.
IV perkhidmatan perancang keluarga.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

Jawapan : D4

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i)Kemahiran Logik
(ii)Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii)Konsep Matematik

(i)Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.

(ii)Kemahiran Menginterpretasikan Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.

(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif yang sesuai dengan tugas sebagai Pegawai Psikologi. Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan pelajaran tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). Oleh yang demikian, adalah dianggap tahap kesukaran sesuai untuk semua calon kerana telah melalui tingkatan 5.

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Markah : 30

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 – Seksyen B

1. 30, 32, 36 , X , 60, 92
Apakah X?

A. 38
B. 40
C. 44
D. 48

Jawapan : C

2. Rajah di atas menunjukkan satu nombor perpuluhan. Berapakah hasil tambah digit 3 dan 7 dalam nombor di atas?

A. 300.7
B. 30.7
C. 3.07
D. 3.7

Jawapan : C

Seksyen C – Esei Bahasa Melayu

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 – Seksyen C

1. Gagasan 1Malaysia : Harapan baru rakyat Malaysia. Bincangkan.

2. Anda sebagai seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat. Jelaskan peranan anda dalam membentuk kepimpinan kampung yang unggul.

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris
Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 – Seksyen D

1. Children learn best by observing the behavior of adults and copying it. Discuss.
2. What dangers are there for a society which depends on computer screens rather than face-to-face contact for its main means of communication?

<<< DAPATKAN PANDUAN LENGKAP PEPERIKSAAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S41 D SINI SEKARANG >>>

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.