Panduan Menjawab Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41

Panduan Menjawab Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41

Anda calon peperiksaan Akauntan Gred W41 pada 6 Mei 2014 ini nanti? Sudah bersedia atau belum? Dalam artikel pada kali ini, saya akan berkongsi tentang sedikit tips dan panduan menjawab soalan peperiksaan Akauntan Gred W41. Diharap perkongsian ini dapat membantu anda nanti. InsyaAllah.

Berikut ialah panduan menjawab soalan peperiksaan Akauntan Gred W41:

Soalan Objektif
(Soalan-soalan di dalam Seksyen A dan B)

✔ Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan.

✔ Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut.

✔ Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, empat opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih satu sahaja jawapan. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji ke semua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

✔ Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambil kira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Soalan Esei
(Soalan-soalan dalam Seksyen D dan E)

✔ Soalan-soalan esei terdapat di dalam dua seksyen iaitu Seksyen D (esei Bahasa Melayu) dan Seksyen E (esei Bahasa Inggeris). Bagi setiap seksyen calon perlu memilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan.

✔ Masa satu jam bagi menjawab setiap esei. Tujuan calon diberi masa masa panjang adalah untuk menggalakkan penulisan esei yang bernas, teratur, teknik persembahan serta susunan perkataan yang terbaik. Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

✔ Tulisan perlu kemas dan calon digalakkan menggunakan gaya bahasa yang bervariasi, di samping penggunaan kosa kata yang luas dan tepat. Calon-calon juga seharusnya dapat mengemukakan idea-idea dengan jelas dan matang serta disertakan contoh yang tepat dan sesuai.

✔ Oleh yang demikian calon dinasihatkan untuk menggunakan sekurang-kurangnya 10 minit untuk merancang, membuat rangka jawapan dan sebagainya sebelum esei ditulis.

Calon dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temu duga. Ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Akauntan Gred W41 adalah lebih baik.

Saya berharap dengan adanya sedikit panduan menjawab soalan peperiksaan Akauntan Gred W41 ini akan membantu sedikit-sebanyak dalam persediaan anda untuk menjawab soalan peperiksaan nanti.

Jika anda perlukan lebih banyak tips, panduan, rujukan penuh beserta contoh soalan peperiksaan Akauntan Gred W41, saya sarankan untuk anda download panduan lengkap peperiksaan Akauntan Gred W41 di bawah:

✍ DOWNLOAD DI SINI SEKARANG

“Terima kasih atas tip dan bantuan yang diberikan. Ia banyak membantu saya untuk menjawab soalan.” – Hayati Abdullah, pembeli e-book keluaran Info Kerjaya.

Ratusan pembeli e-book sebelum ini sudah memanfaatkan apa yang dikongsikan dalam e-book. Tuan Muaz Hadi memaklumkan bahawa jualan e-book ini akan ditutup pada 4 Mei 2014.

Ini kerana beliau dan seluruh tim Info Kerjaya mahu fokus untuk membantu para pembeli e-book Panduan Lulus Peperiksaan Akauntan Gred W41.  Justeru itu, buat keputusan.

Beli sekarang, atau menyesal selepas 4 Mei 2014 (Jualan akan ditutup).

Beli E-book Panduan Lulus Peperiksaan Akauntan Gred W41 Sekarang (Klik Di Sini).

Panduan Menjawab Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.