Bidang Tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Bidang Tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Berikut serba sedikit maklumat mengenai Bidang Tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 dan peranannya. Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 merupakan jawatan dalam sektor kerajaan di dalam kategori Kumpulan Pengurusan & Profesional yang memerlukan kelayakan peringkat ijazah, sarjana atau PHD.

MAKLUMAN

[symple_box color=”blue” fade_in=”false” float=”center” text_align=”center” width=””]
Anda nak dapatkan panduan dan tips exam jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41? Emel nama anda ke: wanhaffiz.com@gmail.com
[/symple_box]

Anda telah memohon jawatan dalam sektor kerajaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 atau mempunyai cita-cita menjawat jawatan tersebut? Artikel kali ini akan membicarakan serba sedikit tentang jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41.

Bidang Tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Bidang Tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Mengikut kalendar 2014 di portal SPA, peperiksaan bagi pengambilan jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 akan diadakan pada 27 Mei 2014 ini. Bagi yang berminat atau mencari-cari peluang kerja kerajaan bagi lulusan ijazah, anda boleh membuat permohonan di laman web www.spa.gov.my.

Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 merupakan salah satu jawatan yang berada dalam perjawatan Kumpulan Pengurusan & Profesional dalam skim perkhidmatan awam dan mempunyai bidang tugas yang tertentu.

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan bagi jawatan kerajaan ini :

Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,908.45 ]

atau

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ]

dan

lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

KLIK SINI =>>>UNTUK PERKONGSIAN SEKSYEN DALAM UJIAN ONLINE PEMBANGUNAN MASYARAKAT



[ANDA PERLUKAN PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN? KLIK DI SINI]

Deskripsi dan Bidang Tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

  • Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.
  • Jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 mempunyai bidang tugas melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di Jabatan dan naziran perlaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.
  • Anda mungkin bertugas di hospital, kementerian agensi mahupun jabatan-jabatan khusus. Sebagai contoh, carta organisasi di salah satu Jabatan dibawah Jabatan Perdana Menteri, kedudukan Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Gred S41.
  • Ianya diletakkan di bahagian berkaitan Perpaduan Masyarakat, Integrasi Nasional dan juga Pembangunan Komuniti dandipecahkan kepada beberapa unit khusus. Sebagai contohnya yang berkaitan dengan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan sebaginya.
  • Perlaksanaan tugasan PPM ini dipusatkan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang berperanan mewujudkan keluarga yang kukuh ke arah melahirkan masyarakat penyayang, penduduk berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif. LPPKN sebelum ini dikenali dengan Lembaga Perancang Keluarga dan pada tahun 2001 ianya adalah agensi utama dalam 3 bidang utama iaitu bidang kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduktif. Pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh LPPKN mencakupi skop besar aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta latihan.

LPPKN berkait rapat dengan:

  • Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Jabatan Perpaduan Negara danIntegrasi Nasional
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM)
  • Jabatan Pembangunan Wanita(JPW)
  • Institut Sosial Malaysia (ISM)
  • NAM Institute for theEmpowerment of Women Malaysia (NIEW)

Diharap kepada calon peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat faham dan jelas tentang peranan dan juga Bidang Tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41.

Bidang Tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Comments

  1. Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.