6 Tips Mudah Buat duit Online Dengan Blog

Buat Duit Online Dengan Blog

“Jangan terlalu fokus untuk mempunyai blog yang hebat. Fokuslah untuk menghasilkan blog yang hebat untuk pembaca anda”  – Brian Clark (Pengasas dan CEO Copyblogger Media)

Menulis blog boleh menjadi satu cara yang hebat untuk menjana pendapatan secara online. Mungkin anda pernah menulis blog sebelum ini untuk mengisi masa lapang. Kenapa tidak anda lebih serius dan tukarkan hobi blogging anda untuk mendapatkan duit? Anda boleh gunakan laman web anda atau blog-blog lain untuk menjana pendapatan. Ia mempunyai potensi yang amat tinggi. Jom buat duit online dengan blog!

buat-duit-online-dengan-blog

Buat Duit Online Dengan Blog

Blog ialah satu cara yang sangat efektif untuk mempromosikan dan memasarkan sesuatu produk atau servis. Laman web peribadi akan menarik lebih ramai pengunjung daripada laman-laman web komersial. Menurut kajian pakar perniagaan internet, pengguna internet lebih suka memilih untuk membaca blog kerana blog adalah lebih peribadi dan mudah untuk difahami berbanding laman-laman web jualan biasa.

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimanakah untuk menggunakan blog untuk menjana pendapatan. Sekiranya anda berminat dengan blogging, ia tidaklah susah. Anda cuma perlu fokus dan memasang strategi. Mari kita lihat beberapa tips untuk anda memulakan blogging untuk menjana pendapatan.

6 Tips Buat Duit Online Dengan Menggunakan Blog

Berikut 6 tips mudah buat duit online dengan blog:

Tips Pertama : Pastikan anda memilih niche yang boleh membawa keuntungan dan sesuai dengan minat anda

Anda tidak sepatutnya memilih suatu niche yang anda tidak minati walaupun ia mempunyai potensi untuk membawa keuntungan, kerana dengan berlalunya masa, anda akan mula hilang minat dan momentum anda. Sebaliknya, pilihlah niche yang berpotensi tinggi yang anda benar-benar minati. Sudah tentu anda akan lebih sukakannya!

Tips Kedua : Pelajari ilmu optimasi enjin carian (SEO)

Seterusnya, anda perlu pelajari ilmu optimasi enjin carian (search engine optimisation) sekiranya anda belum mempelajarinya. Dengan menempatkan blog anda di ranking yang tinggi di Google dan enjin carian yang lain, barulah anda akan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menjana pendapatan online. Ilmu optimasi enjin carian tidaklah sesukar yang mungkin anda fikirkan. Anda cuma perlu mula menulis artikel-artikel yang berbentuk santai dan mudah dihayati untuk dimasukkan ke dalam blog anda. Kadang-kadang, satu artikel yang panjang boleh dipecahkan kepada beberapa posting blog.

Tips Ketiga : Pastikan penulisan anda berkualiti tinggi dan berinformasi

Anda juga perlu pastikan bahawa penulisan blog anda adalah berkualiti tinggi dan memberikan maklumat yang berguna kepada pembaca-pembaca anda. Dengan cara ini anda akan dapat menambat hati pembaca-pembaca anda untuk kembali semula ke blog anda di lain hari untuk melihat artikel anda yang seterusnya. Sekiranya anda ingin menjana pendapatan daripada blog, anda perlu membina kumpulan pengikut setia yang terus menerus kembali ke blog anda. Ini sudah tentu akan berlaku sekiranya blog anda lebih informatif dan dapat membantu pembaca-pembaca anda.

Tips Keempat : Selitkan gambar atau video bersama artikel yang anda hasilkan di blog

Pastikan anda menyelitkan gambar dan/atau video. Ia akan dapat memberikan nilai yang tinggi untuk posting blog anda. Menurut pakar perniagaan internet, pembaca lebih sukakan blog yang mempunyai gambar-gambar dan video-video yang menarik. Kebanyakan pembaca lebih sukakannya berbanding hanya membaca posting blog dalam bentuk penulisan. Namun sudah tentu terdapat juga beberapa pembaca blog yang tidak sukakan gambar dan video sebagai sebahagian daripada posting blog. Anda tidak akan dapat memenuhi citarasa semua orang pada setiap masa.

Tips Kelima : Kerap mengemaskini blog

Jika anda inginkan pelawat rajin dan kerap datang ke blog, anda perlu pastikan anda kerap mengemaskini blog anda. Tiada siapa yang akan terus mengikuti blog anda sekiranya ia dikemaskini cuma sekali setiap bulan atau kadang-kadang sahaja. Pembaca akan tertarik membaca sekiranya mereka mendapat posting blog yang terkini secara berkala daripada si pemilik blog.

Tips Keenam : Bersikap jujur dan berikan sentuhan peribadi kepada pembaca

Perkara paling penting di dalam menguruskan blog anda sendiri adalah anda perlu sentiasa jujur dan mengekalkan sentuhan peribadi dengan pembaca-pembaca anda. Anggaplah blog anda sebagai diari peribadi online anda dan ia akan terus menambat hari pembaca-pembaca anda. Bergembiralah dan mulakan misi menjana pendapatan anda.

Saya berharap agar anda mendapat manfaat hasil perkongsian 6 tips mudah buat duit online dengan blog seperti yang di atas. Apa yang penting, mulakan daripada sekarang. Jangan bertangguh. Pasti anda dapat melihat hasil yang membanggakan anda nanti.

“Fast Action, Fast Result. Terhegeh-hegeh action, terhegeh-hegeh result”

Buat Duit Online Dengan Blog

Buat Duit Online Dengan Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.