Perniagaan Internet: Ikut Minat atau Permintaan?

perniagaan internet terbaru

Jika dilihat keadaan hari ini, kemunculan ramai usahawan internet membuatkan semua berasa ingin turut sama menceburi bidang yang masih baru di Malaysia ini dan sedang berkembang. Kebanyakan yang terlibat adalah dari golongan muda remaja; suatu keadaan yang membanggakan. Gemuruh darah muda membuatkan
semuanya berkobar-kobar dan bersemangat untuk turut berjaya dalam perniagaan internet.

Berbalik kepada persoalan di atas, Minat atau Permintaan? Jika difikirkan kembali, kedua-dua faktor ini menjadi tanda aras sejauh mana perniagaan yang kita jalankan itu akan bertahan dan sejauh mana kita gembira dan puas atas segala usaha yang kita jalankan. Sebenarnya, kedua-duanya ada kelebihan yang tersendiri. Sebagai contoh, jika kita menjalankan perniagaan berdasarkan minat kita; andai kata kita minat bola dan kita menjadikan minat kita tu untuk kita membuka perniagaan peralatan dan pakaian sukan seperti jersi bola. Yang baiknya kita akan berasa senang dan gembira dalam melakukan perniagaan kita itu. Yang buruknya, cuba bayangkan apa yang kita minat untuk jual tidak mendapat permintaan dalam pasaran. Mungkin kita terpaksa berfikir kembali. Namun begitu, tidak semestinya jikalau tiada permintaan, perniagaan kita akan terkebelakang. Yang pentingnya bagaimana cara untuk kita selesaikan masalah tersebut. Jangan lupa, keunikan sesuatu produk dapat menimbulkan minat bakal pembeli. Jadi berusahalah untuk menjadikan produk kita unik dan mempunyai nilai tambah.

Jika mengikut permintaan pasaran, semestinya perniagaan anda akan ada potensi yang besar untuk maju. Tapi itu semua bergantung juga kepada teknik promosi yang kita jalankan. Ingatlah bahawa kejayaan perniagaan internet bergantung kepada promosi. Tanpa promosi, jualan anda tidak akan memberangsangkan.

Apa-apa pun, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Pilih yang mana kita rasa selesa. Minat atau Permintaan? Anda yang tentukan!

p/s….seelok-eloknya perniagaan kita berasaskan minat dan juga permintaan..baru mantap!

Comments

  1. Reply

    • Reply

  2. By ali

    Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.