Keutamaan Syarikat Bumiputera Dalam Perolehan Kerajaan

Perolehan Kerajaan

Perolehan kerajaan ialah proses yang dilakukan oleh Agensi bagi mendapatkan sesuatu keperluannya daripada pihak ketiga dengan menggunakan wang yang telah diperuntukkan, mengikut undang- undang, peraturan, tatacara dan garis panduan yang ditetapkan serta mengambil kira prinsip dan dasar semasa Kerajaan yang berkaitan.

perolehan kerajaan

Syarikat Bumiputera mempunyai nilai peratus keutamaan untuk memenangi perolehan kerajaan. Keutamaan ini adalah diberikan bagi mengekalkan daya saing dalam kalangan kontraktor Bumiputera agar dapat bersaing dengan kontraktor bukan Bumiputera. Dari segi definisi, sebuah syarikat diiktiraf sebagai sebuah syarikat Bumiputera jika memenuhi kriteria seperti berikut:

  1. Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pemilikan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputera dan pemilikan saham individu Bumiputera hendaklah melebihi saham individu bukan Bumiputera.
  2. Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada Lembaga Pengarah syarikat dipegang oleh Bumiputera.
  3. Jawatan Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan atau Pengurus Besar dan jawatan-jawatan penting lain (key post) hendaklah dipegang oleh Bumiputera.
  4. Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pekerja syarikat hendaklah terdiri dari Bumiputera.
  5. Pengurusan kewangannya hendaklah dikuasai oleh Bumiputera.
  6. Carta organisasi dan fungsi pengurusan syarikat hendaklah menunjukkan penguasaan sepenuhnya oleh Bumiputera.

Pemberian taraf Bumiputera dan pengeluaran sijil kepada sesebuah syarikat yang layak bagi bidang bekalan dan perkhidmatan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan sahaja dan bidang kerja akan dibuat oleh PKK sahaja.

Bagi perolehan kerajaan yang melebihi RM 100,000, Jabatan atau Agensi kerajaan dikehendaki memberi keutamaan harga kepada syarikat Bumiputera untuk perolehan kerajaan dalam aspek bekalan dan perkhidmatan mengikut peratusan yang telah ditetapkan seperti di bawah:

Nilai Perolehan Kerajaan Mengikut Peratusan Keutamaan

  • Melebihi RM 100,000 hingga RM 500,000 sebanyak 10 peratus
  • Melebihi RM 500,000 hingga RM 1.5 juta sebanyak 7 peratus
  • Melebihi RM 1.5 juta hingga RM 5 juta sebanyak 5 peratus
  • Melebihi RM 5 juta hingga RM 10 juta sebanyak 3 peratus
  • Melebihi RM 10 juta hingga RM 15 juta sebanyak 2.5 peratus

Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari syarikat Bukan Bumiputera.

Contohnya tawaran terendah yang diterima oleh syarikat Bukan Bumiputera dalan sebuah tender adalah RM 10 juta. Maka peratus keutamaan adalah 5 peratus.

Kiraannya adalah RM 10 juta X 5 peratus = RM 500,000

Jika satu syarikat Bumiputera memasuki tender tersebut dengan RM 10.5 juta, syarikat tersebut layak diberi keutamaan untuk memenangi tender tersebut dengan syarat syarikat tersebut melepasi keperluan teknikal. Walaupun terdapat syarikat bukan bumiputera yang menawarkan harga lebih rendah dari nilai tersebut, syarikat bumiputera lebih diberi keutamaan dalam perolehan kerajaan.

Untuk lebih maklumat dalam perolehan kerajaan dan bagaimana untuk anda memenangi perolehan kerajaan, saya sarankan untuk anda mendapatkan ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan.

Klik link untuk dapatkannya ==> Ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan

Perolehan Kerajaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.