Si Pendosa Yang Derhaka

Pernah tak terasa hidup ini susah?
Tak bahagia?
Masalah datang bertimpa-timpa?
Penyelesaian tak kunjung tiba?

Ya, aku pernah. Pernah, malah sering kali terjadi. Nampak tenang di luar, tapi di dalamnya, penuh resah gelisah. Mungkin kita lihat, ada orang di luar sana rumahnya besar. Kereta besar. Semua besar. Tapi pernah tak kita fikir adakah hidupnya bahagia?

Mungkin ya. Mungkin tidak. Insan lemah seperti kita mana mungkin bisa menilai hati dan jiwa seseorang. Ada saja di luar sana, hidupnya serba kekurangan. Kais pagi makan pagi, malah mungkin ada yang kais pagi, langsung tak dapat makan sehari. Tapi hidup mereka mungkin lebih bahagia daripada si kaya. Mungkin.

Berbalik kepada perihal dosa. Insan berdosa ialah insan yang derhaka. Insan yang derhaka pasti akan tidak tenteram jiwanya. Betul? Bahagia jauh sekali.

 “Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.” (Al Muthoffifin: 14)

Cuba semak kembali hidup seharian kita. Sudah bahagia atau masih kosong jiwa?

Jika masih terasa kosong, itu tandanya hidup kita masih belum bahagia. Jadi, apa penyelesaiannya?

Ingatlah Allah dan minta pada-Nya. Kan Allah pemilik hati punca kebahagiaan kita selamanya. Ya bukan?

“Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati-hati menjadi tenang tenteram.” (Al-Rad : 28)

Kalau boleh, setiap masa ingatlah Allah dengan beristighfar. Kalau nak tambah dengan zikir lain pun boleh. Tapi dengan istighfar sahaja pun sudah cukup untuk kita rasa kesannya. Cubalah. Sambil jalan-jalan kaki atau semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, biasakan diri dengan beristighfar. Insya-Allah tenang. Dan jangan lupa, tambahkan amalan sunat yang lain. Buat secara perlahan-lahan dan jangan paksa diri. Yang penting konsisten. InsyaAllah.

Tiap kali ada kesulitan yang berlaku, pasti aku akan ingat tentang dosa. Aku akan fikirkan apa dosa yang aku lakukan yang menyebabkan kesulitan itu berlaku. Jadi, penyelesaiannya, aku terus istighfar. Mudah kan formulanya? Ada masalah, terus jumpa Allah. Ingat Allah. Allah kan ada.

Dan ingatlah tiap kali musibah atau ujian yang datang, ianya disebabkan dosa kita dan juga ada rahmat yang Allah nak bagi. Tiap kali ujian datang, kita hadapinya dengan tenang. Segalanya datang daripada Allah, maka kepada Allah jualah kita berserah segalanya.

Dosa ibarat luka
Luka yang bisa meragut jiwa
Dosa penyebab hilangnya bahagia
Masih tidak sedarkah lagi
Wahai si pendosa yang derhaka?

Dunia dikejar tanpa jemu
Sedangkan akhirat yang perlu dituju
Ke mana hilang semua peganganmu
Adakah sudah hilang atau masih tersisa
Wahai si pendosa yang derhaka?

Sedarlah wahai si pendosa yang derhaka
Yakinkah engkau masamu masih ada?
Atau sedetik lagi engkau hilang dari dunia
Menuju alam yang pasti tidak senang
Buat si pendosa yang lupa pada Pencipta

Apa Pendapat Anda?

komen memberangsangkan

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.