Panduan Pelaburan Hartanah

Tips dan Panduan Pelaburan Hartanah

Sebelum anda membuat sesuatu pelaburan hartanah, aspek yang saya kongsikan di bawah perlu anda tahu agar anda tidak menyesal dan rugi di kemudian hari. Berikut adalah antara panduan pelaburan hartanah:

Panduan Pelaburan Hartanah

Selidik dan Periksa Rekod Pemaju

Sebelum membuat sebarang pelaburan hartanah, pastikan bahawa pemaju hartanah mempunyai rekod dan prestasi yang baik. Kualiti kerja yang sentiasa terjaga boleh dijadikan tanda aras untuk memilih mana-mana pemaju. Jangan sesekali terpengaruh dengan nama pemaju yang cukup gah, tetapi mempunyai rekod dan hasil kerja yang tidak bagus. Pemaju hartanah yang mempunyai ciri-ciri seperti bersih daripada rungutan pembeli dan menepati masa dalam menyiapkan projek boleh dijadikan panduan pelaburan hartanah yang bagus untuk anda.

Kenal Pasti Kawasan Hartanah Yang Strategik

Pemilihan kawasan hartanah yang strategik memainkan peranan penting dalam setiap panduan pelaburan hartanah. Hal ini kerana pemilihan kawasan yang strategik bakal menentukan nilai dan harga hartanah. Risiko dan pulangan daripada sesuatu pelaburan hartanah amat bergantung kepada aspek ini. Antara kawasan yang dikatakan agak strategik ialah kawasan yang mempunyai struktur dan kemudahan yang paling lengkap seperti sekolah, institusi pengajian tinggi, hospital dan sebagainya. Kawasan sebegini memungkinkan nilai sesuatu hartanah meningkat.

Pemilihan Hartanah Mengikut Reka Bentuk dan Keperluan Semasa

Salah satu panduan pelaburan hartanah yang perlu anda tahu adalah dari segi reka bentuk dan keperluan semasa hartanah terbabit. Pilihlah hartanah yang mempunyai ciri-ciri lengkap seperti adanya 3 atau 4 bilik tidur serta 2 bilik mandi atau tandas. Jika pemaju tidak mengikut keperluan dan kehendak semasa, mungkin hartanah yang anda miliki tidak akan mempunyai nilai yang tinggi seperti yang diharapkan.

 

Anda perlukan lebih panduan pelaburan hartanah?

Perlukan tips dan panduan pelaburan hartanah sebelum anda menceburi bidang pelaburan hartanah?

Saya sarankan anda mendapatkan panduan pelaburan hartanah tanpa modal yang dikongsikan oleh saudara Saufi Karim di sini—-> Panduan Pelaburan Hartanah Tanpa Modal

Panduan Pelaburan Hartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.