Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27

Anda sedang mencari Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27? Kali ini saya akan berkongsi sedikit tentang Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27 yang bakal berlangsung tak lama lagi.

Berikut ialah serba-sedikit penerangan mengenai Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27.

Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27 ini mengandungi tiga seksyen iaitu:
(i)   Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
(ii)  Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
(iii) Seksyen C – Ujian Psikometrik

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING
Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial.

Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27 – Pengetahuan Mengenai Malaysia Dan Alam Sekeliling

1) Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai
A. penubuhan ASEAN.
B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
C. pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara.
Jawapan: D

2) Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang
A. beragama Islam.
B. keturunan Melayu.
C. pernah menjadi Menteri Kabinet.
D. menjadi warganegara mengikut undang undang.
Jawapan: D

SEKSYEN B -DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27 – Kemahiran Logik

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27

Jawapan: D

Teknik Menjawab:
Nombor pertama = 6
2nd + 3rd= nombor yang sama
Nombor terakhir = baki nombor

contoh soalan exam penolong akauntan gred w27

Jawapan: D

Teknik Menjawab:
Jumlah semua kad = 12 keping
Jumlah kad bertanda A = 4 keping
Kebarangkalian kad bertanda A dicabut= 4/12 , = 1/3

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan.  Perangkaan yang diberi perlu dianalisis untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27 – Menginterpretasi Data

penolong akauntan gred w27

(iii) Konsep-konsep Matematik dan Akaun
Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27 –  Konsep Matematik dan Akaun

1) 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
A. 28
B. 49
C. 56
D. 62
Jawapan: A

Teknik menjawab:
8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8×7) permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah
8 x 7 /2 = 28

2) Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90% daripada mereka telah mengambil peperiksaan dan 3/4 daripadanya telah lulus. Berapakah bilangan penuntut yang lulus?
A. 27
B. 30
C. 33
D. 36
Jawapan: A

Teknik Menjawab:
90% daripada 40 orang penuntut = 36 orang
3/4 daripada 36 orang penuntut = 27 orang

Seksyen C – Ujian Psikometrik

Seksyen C pula adalah berkaitan dengan Ujian Psikometrik perlu dijawab dalam masa 30 minit. Ada 200 soalan untuk ujian psikometrik. Percayalah seksyen ini pasti bakal menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda pada hari exam nanti.

Ya, mudah pada hari peperiksaan sahaja tetapi ada jerat besar untuk anda pada seksyen ini.

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Soalan peperiksaan pada seksyen ini lebih berkisarkan kepada personaliti seseorang calon. Ianya adalah merupakan satu penilaian baru bagi Penolong Akauntan Gred W27.

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur Personaliti dan Sahsiah seseorang calon sebelum layak dipanggil untuk menghadiri temuduga atau menjawat sesuatu jawatan. Penilaian ini adalah berdasarkan set soalan yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Seksyen ini merupakan bahagian yang berkaitan dengan situasi di mana sahsiah atau personaliti diri anda akan dinilai. Dengan kata lain, kecenderungan anda akan dinilai melalui set soalan yang diajukan. Format soalan dan jawapan tidak tetap. Anda berkemungkinan hanya diberi 2 pilihan jawapan sama ada YA atau TIDAK, BETUL atau SALAH, SETUJU atau TIDAK SETUJU.

Skop soalan yang mungkin diajukan kepada calon adalah dengan merangkumi kemahiran berfikir, sikap, perwatakan, emosi dan lain-lain. Untuk menjawab dengan baik soalan ini, anda perlu melihat refleksi diri anda dalam menjalani kehidupan seharian. Sikap anda, cara pemikiran tindakan anda terhadap diri dan sekeliling perlu mencerminkan pemikiran positif. Pemilihan setiap jawapan perlulah ke arah POSITIF dan bukan sebaliknya.

Contoh Soalan Penolong Akauntan Gred W27 untuk Seksyen C – UJIAN PSIKOMETRIK

1. Saya berharap agar majikan memuji saya jika saya rajin bekerja.

A. Setuju               B. Tidak setuju

2. Perubahan tingkah laku seseorang disebabkan oleh perkara tersirat yang saya dapat fahami.

A. Ya                         B. Tidak

3. Saya memerhati dan memahami kelakuan individu apabila saya tidak berpuas hati dengan kerja seseorang.

A. Ya                         B. Tidak

4. Walaupun orang yang tidak dikenali, saya mudah mesra dengan mereka.

A. Ya                         B. Tidak

5. Walaupun ada masa lapang, adalah kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal.

A. Setuju                   B. Tidak setuju

Anda nak dapatkan lebih banyak Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27?

Klik link di bawah untuk mendapat Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27:

====> PANDUAN EXAM PENOLONG AKAUNTAN GRED W27

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27

Comments

  1. By Nana

    Reply

    • Reply

      • By Nana

  2. By IDA AMIRA BINTI ALI

    Reply

    • Reply

Leave a Reply to IDA AMIRA BINTI ALI Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.