Mudahnya Nak Daftar Perniagaan di SSM(Suruhanjaya Syarikat Malaysia)
Daftar Perniagaan
Alhamdulillah. Hari ini tanggal 11.11.11 dapat juga aku daftar perniagaan di SSM. Awal-awal tahun lagi rancang nak daftar masa tarikh cun ne. Sanggup tu tunggu. Haha! Ok. Dipendekkan cerita, sampailah aku dekat pejabat SSM. Buat pengetahuan sesiapa yang tinggal kat Melaka, aku daftar perniagaan di cawangan SSM berhampiran MITC tu aje..Kalau korang x jumpa lagi x tau la aku nak bagi Google Maps macam mana lagi. Buat yang berada di luar Melaka, pandai-pandailah cari cawangan SSM di tempat berhampiran korang ya. Jangan malas-malas.
Peralatan dan alat mainan yang perlu korang bawa untuk daftar perniagaan di SSM:
– Wang ringgit tunai dalam RM70(bawak lebih la sikit, buat beli ais krim)
– Salinan IC yang ori sekeping. (kalau potostat dengan diorang, seringgit woi kena..buat duit sungguh la diorang ne..)
– Bawa diri korang bersama. Jangan lupa pakai seluar ya!
Senang kan? Itu sahaja yang perlu dibawa. Sesampai je kat SSM….buat je apa yang aku suruh kat bawah ne ya. Baca baca!
1. Pergi kat kaunter. Say Hi Hi Bye Bye kat orang yang jaga kaunter pertanyaan.
2. Cakap kat dia, ” Saya nak daftar perniagaan“. Tak kiralah korang nak daftar untuk Milikan Tunggal atau Perkongsian. Borang tu sama saja.
3. Lepas tu dia akan bagi borang (Borang PNA 42 dan Borang A)
Dapatkan di sini Borang PNA 42
4. Lepas tu, balik rumah. Aku tipu! Haha..Apa lagi, isi la apa-apa yang patut kat borang tu. Guna huruf besar tau. Untuk mengelakkan sebarang kesilapan, korang boleh tengok panduan nak isi borang tu kat papan pernyataan. Kat tempat aku buat ne, memang ada tunjuk satu-satu langkah nak isi borang tu. Korang ikut je. Kalau silap lagi, x tau la. Mungkin korang x sarapan lagi kot masa nak pi SSM.
5. Dalam borang-borang tu, selain maklumat diri korang, perhatikan betul-betul kat bahagian Pilihan Nama Perniagaan dan Jenis Perniagaan. Untuk menjamin masa korang lebih efisien, seeloknya korang dah siap-siap fikirkan ย sebanyak mungkin pilihan nama perniagaan sebelum datang ke SSM. Nanti tak kalut kalau ada orang yang dah daftar guna nama yang korang nak. Korang boleh guna mana-mana nama pengakhiran seperti Enterprise, Trading, Resources, Network dan lain-lain lagi. Asalkan nama tu bersesuaian dengan jenis perniagaan korang. Untuk bahagian Jenis Perniagaan, korang isi je apa-apa. Aku isi sampai penuh bahagian tu. Puas hati. Senang sikit bila aku nak buat bisnes-bisnes lain plak. X payah susah-susah lagi nak pi tukar kat SSM. Kalau tak silap, untuk sebarang penambahan jenis perniagaan di masa depan, bayaran RM30 akan dikenakan.
6. Lepas dah siap isi borang, pergi kat kaunter yang tadi. Kemudian, bagi borang yang telah siap diisi. Dia akan cek apa-apa yang patut. Kalau tiada masalah, dia akan bagi nombor giliran beserta borang yang telah korang isi tu dan korang tunggulah kat tempat yang disediakan ya. Aku bajet dalam 10-15 minit sampai lah giliran korang(kalau ramai orang, lama lagilah korang akan menunggu)
7. Bila dah sampai giliran, terus pergi ke kaunter yang disebutkan. Kat situ, bagi balik borang tadi. Dan sertakan sekali salinan IC. Dia akan cek nama perniagaan korang, sama ada masih belum digunakan atau sebaliknya. Jika dah ada yang guna nama perniagaan korang, dia akan ambil pilihan nama perniagaan yang seterusnya. Lepas tu, dia akan suruh duduk dulu. Tunggu jap. Dalam 5-10 minit dia akan panggil balik. Jangan duduk jauh-jauh sangat. Takut tak dengar dia panggil.
8. Bila dia panggil nama korang, apa lagi, pi la. Buat apa nak termenung lagi. Masa tu, dia akan nyatakan pembayaran yang perlu korang buat. Lepas dah bayar, dia akan bagi resit. Kemudian, korang duduk balik dan tunggu untuk dia siapkan sijil perniagaan korang. Masa ne la korang kena tunggu lama sikit. Bila nama dipanggil sekali lagi, maka siaplah proses pendaftaran perniagaan korang di SSM. Aku bajet maksimum dalam masa sejam boleh siap. Bila dah siap, pastu baliklah, tak kan nak tidur kat situ kot.
9. Bagitahu satu kampung, korang dah daftar perniagaan. Haha!
Amacam? Senang kan? Cepat-cepat la pergi daftar perniagaan buat sesiapa yang x daftar lagi. Jangan tangguh-tangguh lagi.
>>>> Anda perlukan perkhidmatan untuk membuat blog atau laman web? Saya boleh bantu anda. Sila SMS kod diskaun “BUATBLOG2013” ke 0129335343 sekarang. PERCUMA 1 design cover fanpage untuk 10 pembeli terpantas.<<<<
Tips Tambahan Pendaftaran Perniagaan di SSM:
– Kalau korang isi berbagai jenis perniagaan, untuk pemilihan nama, seeloknya pilihlah nama-nama yang umum. Jangan pula korang pilih nama Beautiful Silk Enterprise, tapi korang buat macam-macam perniagaan lain seperti menjual rumah atau sebagainya. Kan x berapa kena tu..
– Jangan guna nama-nama yang diwartakan atau dikawal seperti jenama-jenama terkenal, nama-nama khas dan sewaktu dengannya.
– Nama perniagaan tak boleh dicampur-adukkan. Kalau guna nama Bahasa Melayu, guna Bahasa Melayu ย semuanya. Contohnya, Beautiful Perempuan Enterprise (Jangan gunakan); Beautiful Lady Enterprise(Gunakan nama ini)
– Jenis perniagaan semestinya di isi dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.
Untuk maklumat lanjut pasal pendaftaran perniagaan ne, korang boleh ziarah laman web SSM.
Kalau ada nak tanya kat sini pun boleh. Aku boleh jawab mana-mana yang aku tau la ya.
Antara link-link yang berguna:
Tq sharing.
Sebelum pegi daftar, kena pilih nama yg ringkas, mudah & rare.
Mudah utk branding nanti.
aah ya betul betul
wah mmg bguna lah info ni..membantu sgtยฒ..tq
alhamdulillah.
sama-sama..semoga membantu cik
Terbaik la sharing ni…
Sy kat ssm skrg…
Mudah je sebenarnya…
Cuma sblm pegi ssm tu, kena tulis siap2 cadangan jenis perniagaan & cadangan nama perniagaan.. Nti xde buang masa sgt kat ssm.
ya betul..mudah je kan.
hehe
yup..memang kena siap2 tulis nama cadangan banyak2..nanti tak kalut klu nama kita nak tu tak lepas..
Sangat m3mbantu terima kasih!
thank you ๐ rasa mcm nk bkak laa perniagaan satu. hehehe
hehe..all da best! ๐
terbaik la info ni…da lame cari tak paham2 sampai la ke page ni. Alhamdulillah..Thanks alot!
terima kasih kerana berkunjung ke blog saya.
semoga bermanfaat dan jangan lupa share artikel ne ya..:)
Sangat membantu! Terima kasih sudi share dengan cara yg sangat santai dan senang paham.
sama-sama.
semoga bermanfaat dan boleh share kepada kawan-kawan yang memerlukan info ini ya..
terima kasih..:)
untuk mendaftar perniagaan anda di SSM, Kementerian Kewangan dan CIDB saya syorkan pergi ke laman web ni http://www.daftarsyarikat.biz , diorang tolong buatkan dari a-z , dapat percuma koleksi kertas kerja, senarai badan pembiayaan dibawah agensi kerajaan untuk dihubungi dan contoh template profail syarikat(senang kita tinggal nak key in maklumat je kat dalam profail tu ) dan yang paling best dapat geran kerajaan bernilai seribu ringgit for starter(include website dan domain+notification tender online)…yang ni saya just melalui facebook je dgn admin dia untuk berinteraksi secara on9…lesen saya sekejap je diorang siapkan. Lepas tu kendian2 kalau ada apa2 yang u all tak faham pasal perniagaan dan ingin bertanyakan maklumat lanjut ada live support di yahoo messenger, skype, facebook dan gtalk dengan whatsapp dan viber.
Wah ๐
Panduan lengkap…
Terima kasih tuan
Sama-sama.
Semoga bermanfaat..:)
salam, yang diborang A page 4–no. kod jenis perniagaan nak tulis apa? perihal nak tulis apa ye? boleh bg contoh
saya dulu x tulis kod tu,,staff diorang yg akan tuliskan.
untuk perihal tu, tuan boleh isikan perniagaan yg tuan jalankan.
contoh:
menjual pelbagai jenis makanan dan minuman
membekal bahan mentah untuk kuih
dan sebagainya….ikut jenis perniagaan tuan..
diharap membantu.
kalau ada yg belum jelas, maklumkan saya..
TQ
Informatif dan santai. Terima kasih ats info yg disediakan. Baru nak pergi daftar niaga harini. Harap semuanya seperti yg dirancangkan,amen..
sama-sama..semoga bermanfaat..
saya doakan kejayaan tuan.
Boleh pakai borang yang di download online? atau perlu dptkan borang asal dari kaunter?
Boleh pakai yg download online..tp kena print dulu la..
klu nk amik kat kaunter pun boley..free je..
assalamu’alaikum
kalau dah buat bisnis online, and baru nak daftar agak agak kena kompaun tak? ๐
terimakasih
Waalaikumussalam.
Itu saya tak pasti. Saya sarankan tarikh permulaan perniagaan adalah pada masa pendaftaran ssm itu juga.
Anggap sahaja tuan/puan belum tahu perlunya pendaftaran perniagaan sebelum ini…hehehe
Terima kasih. Diharap membantu.
Slm bro,,saye ni berniaga secara direct selling ,,pergi ke mana2 jual brg …masuk kampung pergi rumah ke rumah …bleh ke daftar dgn SSM tu ? coz saya blum ade kedai la …harap membantu ..thanks
Jika kita lihat pada tafsiran seksyen 2 Akta Pendaftaran Perniagaan 1957 berhubung dengan perniagaan ialah:
“Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan..”
Saya sarankan tuan daftarkan perniagaan tuan. Letak alamat rumah pun boleh.
Untuk maklumat lebih lanjut dan lengkap, tuan boleh terus berhubung dengan pegawai SSM..
Terima kasih
try pergi laman web ni http://www.daftarsyarikat.biz , diorang ada tolong buatkan dari a-z , siap dapat percuma koleksi kertas kerja, senarai badan pembiayaan dibawah agensi kerajaan untuk dihubungi dan contoh template kertas kerja(senang kita tinggal nak key in maklumat je kat dalam profail tu) . kalau pergi sendiri pun boleh tinggal renyah je la nak beratur pastu nama tak lulus kena pergi balik dah satu kerja plak, duit minyak lagi…yang ni saya just memalui facebook je dgn admin dia…sehari je dia siapkan
Terima kasih kerana sudi berkongsi.
Kompem mcm kite daftar sndiri kt ssm ke kak? Takde masalah mase akan dtg?
apa maksud cik ya? tak berapa paham lak saya..:)
kat sini ada panduan pendaftaran perniagaan secara online dan senang disini
http://www.daftarsyarikat.biz/perkhidmatan-dan-konsultasi/pendaftaran-perniagaan-dan-syarikat-rob/panduan-permohonan-nama-perniagaan/
Terima kasih atas perkongsian perkhidmatan.
Saya doakan kejayaan tuan/puan.
bro, semua jenis perniagaan yang kita tulis tu, dia akan panggil utk kursus ke??
kursus ape bro? hehe
x der kursus ape-ape pun.
tu sekadar nak daftarkan perniagaan supaya selamat di sisi undang2..:)
kursus bisnes tetap kena pergi kalau nak tambahkan ilmu..
kalau ada yg masih belum jelas, bgtau saya ya..TQ
Kami Menguruskan Daftar Syarikat Sdn bhd, Lesen Kewangan, Lesen Kontraktor, Lesen CIDB, Petronas & Taxtion, Audit, Payroll & company secretary/setiausaha syarikat
Terima kasih atas perkongsian perkhidmatan.
Saya doakan kejayaan tuan/puan.
Mmm kan ke baik kalau semua blogger camnie.
.. saya suka post awak.. tahniah…
Assalam ..saya nak tanya kat borang nak daftar niaga tu dia suruh isi tarikh nak mulakan perniagaan kan ? tapi kalau tak tahu nak mula bila macammana nak isi ye ?
Salam.
Cik boleh tulis je tarikh masa cik buat pendaftaran. yg penting daftar je dulu.
saya dulu pun tulis tarikh sama dengan tarikh saya daftar perniagaan..ok je..:)
diharap membantu..
Saya terima offer drp bosnya utk take over bussiness tadika. Mana lagi bagus antara tukar nama pemilikan atau dia tutup dulu perniagaan dan saya register yang baru?
Boleh dua-dua..bergantung kepada tuan.
Kalau nama tadika tu sudah dikenali masyarakat setempat, elok diteruskan sahaja.
Kalau nak tukar nama pun boleh, tapi kena usaha untuk menjenamakan semula tadika tu..biar orang kenal.
Diharap membantu.
TQ
Bro, kalau nak register business online macam website…kene register nama perniagaan aje ke atau kene letak .com jugak….contoh- businessbaju.com ataupun business baju enterprise aje.
Sebenarnya, x kira kita buat bisnes secara online atau offline, setiap perniagaan kena daftar dulu.
berkenaan nama perniagaan, klu x silap, klu bro nak daftarkan nama perniagaan berdasarkan nama domain, boleh..
tp die punyer format x sure lak…
businessbaju.com campur2 bahasa inggeris melayu x boleh rasanya…
better bro terus tanya kt kaunter ssm..sy pun x berapa pasti..hehe
TQ
as salam bro, saya dah register dgn ssm sebagai enterprise selama 5 tahun sejak tahun 2012. tapi, kalau saya nak tambah jenis perniagaan, macam mana yer? thanks.
Salam.
Ya boleh bro.
Bro boleh terus pergi ke kaunter ssm..cakap kat dia nak tambah jenis perniagaan.
Kalau tak silap saya, untuk setiap pertambahan jenis perniagaan, akan dikenakan cas sebanyak RM10.
Diharap membantu bro sedikit sebanyak.
Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen di sini.
terima kasih kerana membantu.
Baru tahu prosesnya. kalau nk daftar online macam mane ye ?
Maaf. saya x berapa tahu tentang pendaftaran secara online.
Mungkin blog ini boleh membantu tuan:
http://asma-felt-box.blogspot.com/2012/12/tutorial-cara-daftar-perniagaan-ssm.html
Terima kasih
alamat law pakai perniagaan law pakai alamat rumah boleh ke????
Ya boleh. Saya pun guna alamat rumah jer..:)
Terima kasih kerana bertanya..
hai dear..
Artikel ni byk mmbantu sy.sy in planning nk buka car wash.. so, utk daftar syarikat sy dah faham..cuma sy nk tanya, mcm mana nak apply lesen dgn majlis perbandaran..If nk buka kedai kena apply lesen kan?
harap ada yg sudi membantu sy..
terima kasih..:)
salam..
untuk hal berkenaan lesen majlis perbandaran, saya tak dapat kongsikan sebab saya sendiri belum ada pengalaman tersebut..hehehe.
Maaf yer..:)
Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini.
salam,,,,nk tny,,,klo kite nk byr fees dy, kite mmg byr kat ssm tros ea? kne gne cek ke ap or just bg cash je?
ya..terus pergi ke pejabat ssm..
senyum2 kat diorang, pastu bayar cash la apa2 yang patut..:)
x perlu guna cek bagai…hehe
btw, kalau belum daftar ssm, cepat2 pegi daftar sebelum 31 disember 2012..ade tawaran RM50 untuk 5 tahun..
Terima kasih.
Time kasih sebab share.. lagi senang bace pengalaman orang dari arahan website ssm.
Sama-sama.
Diharap membantu. Kalau ada apa-apa soalan, insyaAllah saya akan jawab sedaya mungkin.
Terima kasih kerana singgah di blog ini.
salam, sy ingin bertanya..sy ade co. enterprise nama nya kemuncak dagangan services,co. ni pimilikan tunggal shj ,ade bt rumah sewa atas nama co ni,tp xbyk ade 4 bjik je…tp baru2 ni sy ade dpt 1 projek nk bukak kolam pancing ikan..kolam ikan ini dah ade nama kmk..ingat nk kekalkn nama ni..nk letak kmk fishing & recreation..tp soalnnye nk bukak co. baru or nk pki nama kemuncak tu shj..salah ke nnti signboard tulis kmk fishing & recreation ..tp co. nama lain..1 lg kene ke nama kemuncak dagangan services untuk bt kolam pancing ikan kalo la nk kekalkn nama tu..atau saudara ade cadangan hehe..tq
Dalam kes saudara, cadangan saya, penyelesaian terbaik adalah dengan mendaftar nama baru untuk perniagaan kolam ikan, iaitu KMK Fishing & Recreation.
Kemuncak Dagangan Services tidak berkaitan dengan kolam ikan, Jadi,ianya tidak dibenarkan guna untuk kolam ikan.
Apa-apapun, untuk maklumat lanjut, boleh terus ke pejabat SSM.
Diharap membantu.
Terima kasih
saya iingin tahu , apakah perbezaan perdaftaran perniagaan secara milikan tunggal atau perkongsian , apakah kebaikkan dan keburukkan nya masa akan datang
dalam kata mudah, kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing..
utk yg baru nak start nak meniaga dan masih tiada rakan kongsi, boleh mula dengan milikan tunggal..
milikan tunggal ne kita kena tanggung untung dan rugi tu sorang-sorang. kalau perkongsian,rugi dan untung bahagi sesama rakan kongsi..
diharap membantu.
Terima kasih kerana komen.
as-salam,berkenaan dgn tmpt perniagaan. tmpt berniaga boleh buat kat mana2 saja ker? atau perlu tukar setiap kali pindah lokasi dari alamt yg kita letak dlm borang tu.tq
boleh je..
sy sendiri pun letak alamat rumah sewa..lepas abis belajar, balik kg balik..:)
cuma seeloknya bila dah bertukar tempat especially negeri, utk memudahkan pelanggan nk tau lokasi kita, kena tukar alamat tempat tinggal terkini la kot..klu x tukar pun, xder hal rasanya..tp x best la klu kita ada bukak kedai sendiri contohnya di melaka, tapi alamat kita kt KL..kan2? ๐
kalau nk tukar lg elok, rm10 je rasanya klu nk tukar alamat di sijil ssm kita kita tu..
diharap membantu…TQ
Bro..thanks tips..banyak membantu..aku pon nak start enterprise…
okay..
semoga bermanfaat.
all da best! ๐
Salam. Boleh bagi contoh jenis2 perniagaan yang saudara tuliskan tak?
apa2 produk pun boleh ke?
Salam.
Ya..boleh tulis apa-apa jenis perniagaan..
Ini contoh yg saya sendiri tulis:
perkhidmatan laman web dan blog, penerbitan & penjualan produk informasi, penjualan pelbagai jenis pakaian, tshirt & aksesori, perkhidmatan percetakan, penjualan produk kesihatan & kecantikan, makanan& minuman, perkhidmatan grafik, fotografi& videografi, perkhidmatan pengurusan, penjualan barangan komputer, cenderamata, kraftangan & barang permainan, penganjuran seminar, kem & bengkel, pemasaran dalam talian, ejen komisen, perkhidmatan promosi perniagaan, perkhidmatan katering, penjualan hasil tanaman& pertanian..
Haha..memang xcukup ruang saya tulis hari tu..:)
Diharap membantu..
masa nak daftar perniagaan tu..boleh ke campur adukkan jenis perniagaan. contohnya service (cuci kereta) + jualan makanan (spt kerepek2) + jualan produk (spt tupperware)..pastu brg2 yg djual tu boleh ke..cth kita amik barang ngan Avon..so kita buka perniagaan ni atas nama kita jual Avon tadi..salah tak ek. TQ ๐
Terima kasih atas pertanyaan.
Ya, boleh..saya dulu isi kt ruangan jenis perniagaan tu sampai x muat..segala bagai jenis perniagaan sy tulis..setiap pertambahan jenis perniagaan di masa depan, akan dikenakan cas tambahan oleh SSM..sebab tu saya tulis banyak2 dari awal lagi..hehe…
tapi, nama perniagaan kita kena lebih UMUM la…jangan plak tulis macam2 jenis perniagaan spt jual kerepek, jual enjin jet, jual sayur, tapi Nama Perniagaan kita Beautiful Tudung Enterprise..kang x kena tu..sbg contoh terdekat, WanHaffiz Business & Services, kan general nama tu..bleh hentam semua produk..hehe
kalau dah betul2 serius, seeloknya, daftar satu nama utk satu jenis perniagaan, lebih mudah untuk dijenamakan di masa depan dan juga lebih fokus..:)
Diharap info ini dapat membantu cik sedikit sebanyak, sekadar apa yang saya tahu.
Selamat berjaya!
hello bro nak tanya, kau daftar perniagaan atas niaga apa, adakah semestinya kena ada kedai dulu baru leh daftar atau macam mana
nak daftar perniagaan, x perlu ada kedai..bila nak start je bisnes, terus pegi daftar dulu..kang takut kena saman plak buat bisnes x daftar..x susah pun..:)
Aku dulu isi kt ruangan jenis perniagaan tu sampai x muat..segala bagai jenis perniagaan ak tulis..setiap pertambahan jenis perniagaan di masa depan, akan dikenakan cas tambahan oleh SSM..sebab tu tulis banyak2 dari awal lagi..hehe…
tapi, nama perniagaan kita kena lebih UMUM la…jangan plak tulis macam2 jenis perniagaan spt jual kerepek, jual enjin jet, jual sayur, tapi Nama Perniagaan kita Beautiful Tudung Enterprise..kang x kena tu..sbg contoh terdekat, WanHaffiz Business & Services, kan general nama tu..bleh hentam semua produk..hehe
kalau dah betul2 serius, seeloknya, daftar satu nama utk satu jenis perniagaan, lebih mudah untuk dijenamakan di masa depan dan juga lebih fokus..:)
Diharap info ini dapat membantu bro sedikit sebanyak, sekadar apa yang aku tahu.
Selamat berjaya!
salam..
tanya skit bro..
klu dh pernah reg syt (partnership).. tapi atas sebab2 tertentu syarikat tu langsung tk pernah beroperasi dan akhirnya dibiarkan sj tanpa direnew pendaftaran pada thn2 seterusnya.
klu skrg aku nk reg syarikat baru (soleproprieter) akan ade masalah tak?
setahu aku, bro kena pi ssm..tamatkan partnership tuh..
then daftar la syarikat baru lak..ok jew..
utk lebih jelas, pi singgah je ssm tuh..
diharap membantu..:)
Aku bookmark artikel yg nie. Buat rujukan masa hadapan. ๐
oritez..semoga bermanfaat..:)
ape nama company bro?
Wanhafiz Business & service ker
Yupp..WanHaffiz Business & Services..
Ne general punyer company…
maybe in the future, baru akan spesifik kan branding dan focus on Main Business yg akan dibuat..
congrats la bro. Ingat orang nak kawin ngan nak beranak je pilih 11.11.11. bro pon pilih tarikh cun baik punya ๐
ingat nak daftar perniagaan gak. tp tunggu dulu la, biar merasa dulu duit internet ๐ baru p daftar. kat KL ni memang SSM penuh memanjang.
Tu la..alang2 tarikh cun..bedal je..:)
kat melaka ne x sesak pun..hehe.
all da best bro!