Mudahnya Nak Daftar Perniagaan di SSM(Suruhanjaya Syarikat Malaysia)

Daftar Perniagaan

daftar perniagaan ssm

Alhamdulillah. Hari ini tanggal 11.11.11 dapat juga aku daftar perniagaan di SSM. Awal-awal tahun lagi rancang nak daftar masa tarikh cun ne. Sanggup tu tunggu. Haha! Ok. Dipendekkan cerita, sampailah aku dekat pejabat SSM. Buat pengetahuan sesiapa yang tinggal kat Melaka, aku daftar perniagaan di cawangan SSM berhampiran MITC tu aje..Kalau korang x jumpa lagi x tau la aku nak bagi Google Maps macam mana lagi. Buat yang berada di luar Melaka, pandai-pandailah cari cawangan SSM di tempat berhampiran korang ya. Jangan malas-malas.

Peralatan dan alat mainan yang perlu korang bawa untuk daftar perniagaan di SSM:

– Wang ringgit tunai dalam RM70(bawak lebih la sikit, buat beli ais krim)

– Salinan IC yang ori sekeping. (kalau potostat dengan diorang, seringgit woi kena..buat duit sungguh la diorang ne..)

– Bawa diri korang bersama. Jangan lupa pakai seluar ya!

Senang kan? Itu sahaja yang perlu dibawa. Sesampai je kat SSM….buat je apa yang aku suruh kat bawah ne ya. Baca baca!

1. Pergi kat kaunter. Say Hi Hi Bye Bye kat orang yang jaga kaunter pertanyaan.

2. Cakap kat dia, ” Saya nak daftar perniagaan“. Tak kiralah korang nak daftar untuk Milikan Tunggal atau Perkongsian. Borang tu sama saja.

3. Lepas tu dia akan bagi borang (Borang PNA 42 dan Borang A)

Dapatkan di sini Borang PNA 42

Dapatkan di sini Borang A

4. Lepas tu, balik rumah. Aku tipu! Haha..Apa lagi, isi la apa-apa yang patut kat borang tu. Guna huruf besar tau. Untuk mengelakkan sebarang kesilapan, korang boleh tengok panduan nak isi borang tu kat papan pernyataan. Kat tempat aku buat ne, memang ada tunjuk satu-satu langkah nak isi borang tu. Korang ikut je. Kalau silap lagi, x tau la. Mungkin korang x sarapan lagi kot masa nak pi SSM.

5. Dalam borang-borang tu, selain maklumat diri korang, perhatikan betul-betul kat bahagian Pilihan Nama Perniagaan dan Jenis Perniagaan. Untuk menjamin masa korang lebih efisien, seeloknya korang dah siap-siap fikirkan ย sebanyak mungkin pilihan nama perniagaan sebelum datang ke SSM. Nanti tak kalut kalau ada orang yang dah daftar guna nama yang korang nak. Korang boleh guna mana-mana nama pengakhiran seperti Enterprise, Trading, Resources, Network dan lain-lain lagi. Asalkan nama tu bersesuaian dengan jenis perniagaan korang. Untuk bahagian Jenis Perniagaan, korang isi je apa-apa. Aku isi sampai penuh bahagian tu. Puas hati. Senang sikit bila aku nak buat bisnes-bisnes lain plak. X payah susah-susah lagi nak pi tukar kat SSM. Kalau tak silap, untuk sebarang penambahan jenis perniagaan di masa depan, bayaran RM30 akan dikenakan.

6. Lepas dah siap isi borang, pergi kat kaunter yang tadi. Kemudian, bagi borang yang telah siap diisi. Dia akan cek apa-apa yang patut. Kalau tiada masalah, dia akan bagi nombor giliran beserta borang yang telah korang isi tu dan korang tunggulah kat tempat yang disediakan ya. Aku bajet dalam 10-15 minit sampai lah giliran korang(kalau ramai orang, lama lagilah korang akan menunggu)

7. Bila dah sampai giliran, terus pergi ke kaunter yang disebutkan. Kat situ, bagi balik borang tadi. Dan sertakan sekali salinan IC. Dia akan cek nama perniagaan korang, sama ada masih belum digunakan atau sebaliknya. Jika dah ada yang guna nama perniagaan korang, dia akan ambil pilihan nama perniagaan yang seterusnya. Lepas tu, dia akan suruh duduk dulu. Tunggu jap. Dalam 5-10 minit dia akan panggil balik. Jangan duduk jauh-jauh sangat. Takut tak dengar dia panggil.

8. Bila dia panggil nama korang, apa lagi, pi la. Buat apa nak termenung lagi. Masa tu, dia akan nyatakan pembayaran yang perlu korang buat. Lepas dah bayar, dia akan bagi resit. Kemudian, korang duduk balik dan tunggu untuk dia siapkan sijil perniagaan korang. Masa ne la korang kena tunggu lama sikit. Bila nama dipanggil sekali lagi, maka siaplah proses pendaftaran perniagaan korang di SSM. Aku bajet maksimum dalam masa sejam boleh siap. Bila dah siap, pastu baliklah, tak kan nak tidur kat situ kot.

9. Bagitahu satu kampung, korang dah daftar perniagaan. Haha!

Amacam? Senang kan? Cepat-cepat la pergi daftar perniagaan buat sesiapa yang x daftar lagi. Jangan tangguh-tangguh lagi.

>>>> Anda perlukan perkhidmatan untuk membuat blog atau laman web? Saya boleh bantu anda. Sila SMS kod diskaun “BUATBLOG2013” ke 0129335343 sekarang. PERCUMA 1 design cover fanpage untuk 10 pembeli terpantas.<<<<

WanHaffiz Business & Services

Tips Tambahan Pendaftaran Perniagaan di SSM:

– Kalau korang isi berbagai jenis perniagaan, untuk pemilihan nama, seeloknya pilihlah nama-nama yang umum. Jangan pula korang pilih nama Beautiful Silk Enterprise, tapi korang buat macam-macam perniagaan lain seperti menjual rumah atau sebagainya. Kan x berapa kena tu..

– Jangan guna nama-nama yang diwartakan atau dikawal seperti jenama-jenama terkenal, nama-nama khas dan sewaktu dengannya.

– Nama perniagaan tak boleh dicampur-adukkan. Kalau guna nama Bahasa Melayu, guna Bahasa Melayu ย semuanya. Contohnya, Beautiful Perempuan Enterprise (Jangan gunakan); Beautiful Lady Enterprise(Gunakan nama ini)

– Jenis perniagaan semestinya di isi dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut pasal pendaftaran perniagaan ne, korang boleh ziarah laman web SSM.

Kalau ada nak tanya kat sini pun boleh. Aku boleh jawab mana-mana yang aku tau la ya.

Antara link-link yang berguna:

Laman Web Utama SSM

Ibu Pejabat dan Cawangan SSM

Prosedur Pendaftaran di SSM

Daftar Perniagaan

Comments

  1. Reply

  2. By jue

    Reply

    • Reply

  3. Reply

    • Reply

  4. By zana

    Reply

  5. Reply

  6. Reply

    • Reply

  7. By IzahIshak

    Reply

    • Reply

  8. By sapiah binti ibrahim

    Reply

  9. By Syafiq

    Reply

  10. By mohamad

    Reply

    • Reply

  11. By shahril

    Reply

    • Reply

  12. By zf

    Reply

    • Reply

  13. By ani

    Reply

    • Reply

  14. By Amril Abd Razak

    Reply

    • Reply

  15. By sapiah binti ibrahim

    Reply

    • Reply

    • Reply

  16. By mafizah

    Reply

    • Reply

  17. By mgrh

    Reply

    • Reply

  18. Reply

    • Reply

  19. Reply

  20. By miss ai

    Reply

    • Reply

  21. By badrul

    Reply

    • Reply

  22. By Iqbal

    Reply

    • Reply

  23. By zee

    Reply

    • Reply

      • By zee

  24. Reply

  25. By iskandar

    Reply

    • Reply

  26. By anita

    Reply

    • Reply

  27. By nisa

    Reply

    • Reply

  28. By Inn

    Reply

    • Reply

  29. By aidil

    Reply

    • Reply

  30. By afifa_farehan

    Reply

    • Reply

  31. By razman

    Reply

    • Reply

  32. Reply

    • Reply

  33. By asraf

    Reply

    • Reply

  34. By ins

    Reply

    • Reply

  35. By Juan

    Reply

    • Reply

  36. By Azhar

    Reply

    • Reply

  37. Reply

  38. By kodinz

    Reply

    • Reply

  39. By kodinz

    Reply

    • Reply

Leave a Reply to Wan Haffiz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.