Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

Anda memohon jawatan kerajaan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27? Jika anda memohon jawatan tersebut bolehlah membuat semakan calon layak temuduga di link berikut :

=>http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga.php

[symple_box color=”green” fade_in=”false” float=”center” text_align=”left” width=””]Anda calon exam Pen. Peg. Tadbir N27? Nak tahu contoh soalan exam online? KLIK SINI UNTUK DAPATKANNYA[/symple_box]

DOWNLOAD PANDUAN EXAM ONLINE PEN. PEG. TADBIR N29 DI BAWAH:

ebook

Jika nama anda tersenarai bagi seisi temuduga yang dilangsungkan bermula 10-05-2013 hingga 14-06-2013, tahniah kami ucapkan. Buat persediaan terbaik untuk terpilih bagi diserapkan ke jawatan kerajaan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 kelak.

>>KLIK SINI Untuk Pakej LULUS Temuduga Kerja Kerajaan / SPA. Sesuai Untuk Temuduga Semua Jawatan!<<

Untuk memohon jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 kelayakan yang ditetapkan oleh pihak SPA ialah :

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
[Gaji Permulaan: RM1,361.14 ]

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,361.14 ]

Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]

Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM1,737.15 ]

Kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

[KLIK SINI Untuk Memiliki Pakej rujukan yang telah terbukti membantu ramai calon temuduga jawatan kerajaan LULUS untuk menjawat jawatan yang dipohon. Sesuai untuk temuduga semua kategori jawatan kerajaan. JAMINAN PULANGAN WANG jika anda tidak berpuas hati!]

Tips Persediaan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

Dokumen asal yang perlu dibawa ke pusat temuduga ialah :

· Kad Pengenalan
· Sijil Kelahiran
· Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan)
· Sijil Berhenti Sekolah
· Sijil SPM asal
· Sijil STPM asal (jika ada)
· Diploma asal (jika ada)
· Transkrip diploma asal (jika ada)
· Surat Pengiktirafan Kelayakan JPA (bagi lulusan Luar Negara)
· Sijil/Surat Keterangan Ko-Kurikulum (mulai Tingkatan 4 hingga ke Universiti)
· Resume
· Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

Etika Pakaian Temuduga SPA

Apabila menghadiri seisi temuduga & peperiksaan, aspek pemakaian perlu diberi perhatian. Bukan hanya persiapan mempertingkat IQ dan kemahiran sahaja. Persediaan untuk pemilihan pakaian juga perlu diutamakan.

Jangan sesekali mengabaikan aspek pemakaian semasa menghadiri seisi peperiksaan dan temuduga. Tahukah anda aspek pemakaian turut mempunyai ‘aura’ tersendiri semasa anda menghadiri peperiksan dan temuduga? Bukan hanya mempengaruhi panel penemuduga, malah untuk diri anda.

Dengan pemakaian yang beretika dan hebat, ianya bukan sahaja mempengaruhi panel penemuduga, malah memberi pengaruh besar kepada tahap keyakinan, ketenangan dan kehebatan anda.

Soalan-Soalan Temuduga Yang Lazimnya Ditanya Oleh Panel Penemuduga

=>Soalan temuduga SPA berkaitan latar belakang & kelayakan calon.
=>Soalan temuduga SPA berkaitan jawatan yang anda pohon.
=>Soalan temuduga SPA yang berkaitan dengan dasar kerajaan
=>Soalan temuduga SPA yang berkaitan dengan isu semasa

 

Berikut adalah soalan yang ditanya oleh panel penemuduga berdasarkan pengalaman calon temuduga jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

Kenapa anda memilih untuk memohon jawatan gred N27, bukan gred E27?
Perbezaan ketara disiplin pekerja kerajaan & pekerja swasta?
Perbezaan antara MARA & Air Asia?
Kenapa anda rasa anda layak menjawat jawatan ini?
Apa kelebihan yang anda miliki berbnading calon-calon lain?
Boleh jelaskan deskripsi tugas seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N27?

P/S : Calon mungkin akan diuji tahap penguasaan bahasa Inggeris semasa sesi temuduga.
Kepada calon temuduga, salam kejayaan saya ucapkan dan tampilkan prestasi cemerlang semasa hari temuduga untuk mencerahkan potensi menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N27.

[KLIK SINI Untuk Memiliki Pakej rujukan yang telah terbukti membantu ramai calon temuduga jawatan kerajaan LULUS untuk menjawat jawatan yang dipohon. Sesuai untuk temuduga semua kategori jawatan dari Kumpulan Pengurusan & Profesional, Kumpulan Sokongan I & Kumpulan Sokongan II. JAMINAN PULANGAN WANG jika anda tidak berpuas hati dengan kandungan Pakej LULUS Temuduga Kerja Kerajaan dari penerbit. TIADA RISIKO untuk anda memiliki pakej ini!]

Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.