Bidang Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27

Bidang Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27

Berikut serba sedikit maklumat mengenai Bidang Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27 dan peranannya. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27 merupakan jawatan dalam sektor kerajaan di dalam kategori Kumpulan Sokongan yang memerlukan kelayakan peringkat Diploma atau STPM.

Anda telah memohon jawatan dan dipanggil untuk temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27 atau mempunyai cita-cita menjawat jawatan tersebut? Artikel kali ini akan membicarakan serba sedikit tentang jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27.

Bidang Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27

Mengikut kalendar 2015 di portal SPA, jadual temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27 akan diadakan bermula 11 Februari hingga 13 Mac ini. Anda boleh semak dan lihat maklumat lanjut di laman web www.spa.gov.my.

Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27 merupakan salah satu jawatan yang berada dalam perjawatan Kumpulan Sokongan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan mempunyai bidang tugas yang tertentu.

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan bagi jawatan kerajaan ini :

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]

atau

Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]

atau

Diploma Pembangunan Manusia yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Universiti Putra Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM1,737.15 ]

dan

lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

KLIK SINI =>>>UNTUK PERKONGSIAN SEKSYEN DALAM UJIAN ONLINE PEMBANGUNAN MASYARAKAT



[ANDA PERLUKAN PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN? KLIK DI SINI]

Deskripsi dan Bidang Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27

  • Memberi khidmat runding cara
  • Merangka aktiviti harian dan mengawasi penghuni pusat pemulihan dadah dan penjara
  • Mengawasi, memberi kaunseling kepada pesalah akhlak dan juvana
  • Mengurus bantuan kepada orang-orang cacat, tua, miskin, papa dan mangsa bencana

Diharap kepada calon temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat faham dan jelas tentang peranan dan juga Bidang Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27.

Bidang Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.