Penolong Pegawai Arkib Gred S27

Penolong Pegawai Arkib Gred S27

Maklumat mengenai jawatan Penolong Pegawai Arkib Gred S27 boleh dibaca di bawah.

Syarat Lantikan Penolong Pegawai Arkib Gred S27:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan [ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]; atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan [ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]; atau
  • Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Jawatan Penolong Pegawai Arkib Gred S27 Secara Lantikan (PSL):    

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Arkib adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Arkib Gred S27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Peranan dan Tugas Penolong Pegawai Arkib Gred S27:     

  • Seorang Penolong Pegawai Arkib Gred S27 bertanggungjawab untuk menguruskan sumber perolehan bahan-bahan arkib dari sumber-sumber awam/persendirian, pemprosesan, pemeliharaan, pengawetan, penjilidan, penyediaan panducari rekod, pemindahan, penilaian, ulangkaji dan penurunan taraf rekod-rekod yang terperingkat, aktiviti sebaran dan pengumpulan maklumat serta urusan pentadbiran dan kewangan.

Jadual gaji jawatan Penolong Pegawai Arkib Gred S27

Gaji Minimum     Gaji Maksimum     Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,362.00          RM5,092.00           RM145.00

Khas untuk calon peperiksaan Penolong Pegawai Arkib Gred S27 pada 12 Mei 2014 nanti, saya akan berkongsi tentang panduan dan rujukan peperiksaan Penolong Pegawai Arkib Gred S27 beserta contoh soalan. Jika anda calon exam Penolong Pegawai Arkib Gred S27, sila download panduan exam tersebut di bawah:
=> DOWNLOAD PANDUAN EXAM DI SINI

Penolong Pegawai Arkib Gred S27

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.